Isu-isu dalam Mendidik Anak dan Privasi Mereka

Posted on January 9, 2013 · Posted in Kemahiran Keibubapaan

Salah satu punca utama terjadinya pertelingkahan antara ibu bapa dan anak ialah berkenaan hal peribadi atau privasi. Isu-isu dalam Mendidik Anak dan Privasi Mereka telah dibincangkan dan didebatkan secara meluas. Malangnya, tiada kata sepakat dapat dicapai. Beberapa tahun yang lalu, anak-anak kita mahukan privasi untuk bercakap dengan rakan-rakannya melalui telefon di dalam bilik. Pelbagai topik ingin dibualkan, oleh itu semestinya mereka memerlukan ruang untuk keselesaan peribadi mereka.

Walaubagaimanapun, dunia hari ini dilihat tidak lagi selamat untuk privasi kerana terdapat pelbagai ancaman yang boleh menggugat hak-hak peribadi individu. Tidak dinafikan anak-anka kita berhak untuk mendapat ruang dan kebebasan dalam menguruskan hal-hal peribadi mereka sendiri. Namun, ibu bapa tidak boleh diketepikan sama sekali. Kita mungkin seringkali mendengar rungutan anak-anak muda pada masa kini yang rimas apabila ibu bapa masuk campur dalam hal peribadi mereka, tidak seperti rakan-rakan mereka yang lain. Malangnya, ibu bapa sememangnya perlu untuk masuk campur kerana keselamatan anak-anak berada di bawah tanggungjawab ibu bapa. Oleh itu, “menceroboh” hak-hak peribadi anak anda bermaksud anda menjalankan tugas sebagai ibu bapa yang baik.

Ibu bapa perlu melibatkan diri secara langsung dalam kehidupan anak-anak. Komunikasi berkesan yang berterusan juga amat penting dan seharusnya dimulakan sejak mereka kecil lagi. Terangkan setiap perkara yang berlaku dengan jelas sama ada ianya perlu diterangkan ataupun tidak perlu diterangkan dalam usaha supaya mereka memahami erti sebenar kehidupan. Sekiranya ibu bapa dapat membina dasar saling percaya dan mengamalkan komunikasi dua hala yang berkesan dengan anak mereka, nescaya isu-isu privasi dapat dikurangkan.

Bagi sesetengah anak yang sangat degil dan tidak mahu campur tangan ibu bapa dalam urusan hidup mereka, ibu bapa haruslah berlapang dada dan bersabar dengan karenah tersebut. Biarkan anak mereka selesa dengan kehidupan mereka sekarang sebelum ibu bapa dapat menanamkan kembali dasar saling percaya antara satu sama lain. Cubalah untuk berkomunikasi secara terbuka dan banyakkan bersabar.

Selain itu, terdapat beberapa perkara yang harus anak-anak anda faham mengenai hak privasi semasa mereka menggunakan media sosial :

Kesan buruk social medai

1. Pastikan anak anda faham bahawa mereka tidak sepatutnya merosakkan atau memalukan seseorang melalui media sosial kerana ianya akan tersebar dengan sangat cepat. Perbuatan menyiarkan sesuatu yang menyakitkan hati orang lain juga tidak dapat diterima dan mempunyai kesan yang buruk. Bantu anak anda untuk faham bagaimanakah perasaan mereka sekiranya orang lain menyiarkan perkara yang buruk tentang diri mereka. Ibu bapa perlu memantau segala aktiviti anak anda dalam media sosial supaya tidak melampaui batas.

2. Pastikan anak anda tidak berhubung dengan orang yang tidak dikenali. Ketahui semua rakan-rakan mereka di laman sosial seperti “Facebook” dan “Twitter” dan sekiranya terdapat individu yang mencurigakan dalam senarai rakan anak anda, cuba kenal pasti latar belakang individu tersebut. Jika dahulu orang asing yang berniat jahat akan menawarkan gula-gula kepada anak anda, kini tidak mustahil mereka menggunakan kemudahan lama sosial dan menyamar sebagai rakan sebaya anak anda bagi menarik perhatian mereka. Ketahuilah dengan siapa anak anda bersembang di laman sosial dan cubalah selidiki siapa mereka!

3. Pastikan anak anda tidak menyiarkan gambar yang ditangkap menggunakan kamera telefon bimbit yang mempunyai GPS. Menurut sisatatan pihak berkuasa, penjenayah yang memperdagangkan kanak-kanak untuk tujuan seks menggunakan perisian yang membolehkan mereka menjejaki lokasi kanak-kanak tersebut berada dengan hanya menggunakan GPS.

4. Jangan benarkan anak anda ,terutamanya golongan remaja, menyiarkan gambar-gambar mereka dengan aksi yang seksi dan menggoda kerana mereka mungkin akan dijadikan mangsa seterusnya oleh penjenayah di luar sana.

Walaubagaimanapun, hak-hak privasi ibu bapa ke atas anak-anak ada batasannya. Jurnal, diari dan bilik tidur merupakan antara perihal peribadi yang memerlukan kebenaran daripada anak anda sebelum mencampurinya. Sudah semestinya ibu bapa akan masuk ke dalam bilik anak-anak anda untuk mengemas dan mengumpulkan baju-baju kotor, namun selagi anda percaya mereka tidak terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat, berilah mereka ruang privasi sendiri. Bagi mengekalkan kepercayaan yang dipertaruhkan oleh ibu bapa ke atas diri mereka, anak-anak anda haruslah menunjukkan sikap bertanggungjawab dan amanah yang berterusan supaya dasar saling percaya wujud dalam keluarga. Namun sekiranya mereka mengkhianati kepercayaan yang diberi oleh ibu bapa seperti melibatkan diri dengan dadah, hak-hak privasi yang ada untuk mereka akan hilang dan ianya akan mengambil masa yang lama untuk membinanya semula.

Isu-isu dalam Mendidik Anak dan Privasi Mereka sukar dikawal sekirannya anak anda mengkhianati kepercayaan yang telah anda sandarkan. Mereka perlulah berusaha dengan lebih keras supaya dapat melembutkan hati ibu bapa kembali dalam usaha untuk memperoleh hak privasi mereka kembali.

Kredit Gambar: iwanbeijesMemo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.