Jaga Kesihatan di Musim Hujan

Posted on February 19, 2016 · Posted in Pengetahuan am

Sekarang tengah musim hujan jadi penting untuk setiap individu jaga kesihatan agar tiada sebarang penyakit buruk yang dialaminya. Kami tak mahu anda terkena sebarang penyakit yang boleh memudaratkan diri. Lebih baik mencegah bukan! Kami kongsikan beberapa tips penting untuk anda jaga kesihatan sepanjang musim hujan ini.

1. Sediakan payung sebelum hujan

Pepatah ini sememangnya benar. Cara yang paling berkesan agar tidak diserang sakit ketika musim hujan adalah dengan memakai kelengkapan pelindung seperti payung, baju hujan atau jaket, dan juga kasut tahan air saat anda ke luar rumah ketika hujan. Usahakan memakai pelindung hujan ketika anda melakukan sebarang aktiviti di luar agar anda tidak mengalami sebarang sakit.

2. Segera mandi selepas terkena hujan

Segera mandi selepas terkena hujan sangat bermanfaat. Penyakit boleh muncul ketika tubuh anda mengalami perubahan suhu yang drastik. Mandi dengan segera akan menstabilkan suhu sejuk yang dibawa oleh air hujan sekaligus membersihkan tubuh anda daripada kuman dan kotoran. Saat anda mengeringkan badan, suhu badan beransur-ansur kembali ke suhu normal. Selanjutnya hangatkan diri anda dengan minum minuman panas.

3. Olahraga rutin jangan ditinggalkan

Walaupun sekarang musim hujan tetapi itu bukan alasan anda tidak melakukan senaman atau sukan rutin anda. Jikalau sukan outdoor tidak dapat dilakukan, anda boleh cuba sukan yang boleh dilakukan secara indoor, seperti senam aerobik, sit up, push up, atau skipping. Sukan yang teratur membantustamina tubuh anda.

4. Menjaga kebersihan tangan

Menurut penyelidik perubatan, cara terbaik kuman masuk ke tubuh kita adalah melalui tangan kotor. Kita menggunakan tangan kita melakukan pelbagai benda sehingga kuman boleh masuk tanpa kita sedari. Untuk itu, sentiasa bersihkan tangan anda secara teratur. Pastikan tangan anda berada dalam keadaan yang bersih sepanjang hari. Cuci tangan anda setiap kali sebelum makan, selepas menggunakan tanda, dan selepas melakukan kegiatan apapun. Elakkan menyentuh wajah anda dengan tangan yang kotor, kerana kajian mengatakan bahawa kuman biasanya masuk melalui hidung atau mulut anda.

5. Minum air yang cukup

Saat musim hujan, cuaca sejuk membuat anda tidak merasa haus dan malas untuk minum. Padahal tubuh kita tetap memerlukan cecair setiap harinya. Pastikan anda tetap minum air yang cukup selama musim hujan. Minum air merupakan bentuk tidak langsung dari pencegahan untuk segala macam penyakit. Minum air yang cukup dapat menggantikan kehilangan cecair tubuh anda sehingga anda tidak mengalami dehidrasi. Air juga membersihkan kuman melalui sistem saluran kencing, sehingga mencegah jangkitan saluran kencing.

6. Cukup istirehat

Kurang tidur akan membuat stamina anda berkurang. Masa tidur yang sesuai adalah 6-8 jam per hari. Atur waktu aktiviti harian anda sehingga anda boleh cukup rehat sehingga tubuh anda tetap fit dan dapat beraktiviti secara maksimum.

7. Mengatur pola makan

Jaga pola makan anda. Makan teratur dan tepat waktu dengan komposisi yang lengkap. Elakkan makan di tempat penjualan makanan yang kurang terjaga kebersihannya. Penuhi juga keperluan vitamin dan mineral dari pelbagai jenis sayur dan buah-buahan. Kalau perlu, tambah dengan pengambilan multivitamin.

8. Memakai pakaian yang kering

Pakaian yang tak mahu kering adalah halangan di musim hujan kerana matahari seakan tak mahu bersinar. Meskipun begitu, cari cara agar pakaian anda boleh kering sepenuhnya. Pakaian yang lembab bermakna ianya masih menyimpan air dan boleh jadi sarang bagi kuman penyakit.

Walaubagaimanapun, jangan lupa untuk selalu menyediakan ubat-ubatan ringan di rumah bagi mencegah jangkitan penyakit-penyakit musim hujan.

Tips ini dibawakan oleh : Wanista.comMemo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.