Mahukah kamu mempunyai keyakinan yang tinggi? Jawapan kamu mungkin sekali YA. Tentu sekali kamu mahu menjadi yakin.
Bagaimanapun, jawapan ini kurang impaknya. Ia terlalu umum.
Macam kebanyakkan orang yang mahukan kehidupan yang baik dan menjadi kaya tetapi tak ramai yang sedar keinginan ini. Ini kerana untuk kamu sampai ke sesuatu tempat di dalam hidup kamu, keyakinan yang tinggi adalah sangat perlu. Kamu perlu memilih tugasan mana yang memerlukan kamu untuk yakin supaya kamu dapat melaksanakannya dengan berjaya.
Sekadar keinginan untuk menjadi yakin tidak akan membawa kamu ke mana. Impian kamu juga perlukan tarikh akhir.
Keyakinan diri mungkin mempunyai maksud berbeza kepada kumpulan yang berbeza. Bagi kanak-kanak ianya mungkin berbentuk berucap di hadapan kelas pada waktu pagi atau membuat demonstrasi di hadapan bos dan ahli lembaga pengarah bagi seorang eksekutif. Bagi pekerja biasa mungkin keyakinan untuk bertukar kerja atau memulakan perniagaan baru. Dan seterusnya. Untuk mereka melaksanakan tugasan ini, mereka memerlukan tahap keyakinan yang berbeza bagi membolehkan mereka berjaya.
Setiap tugas memerlukan tahap minimum keyakinan. Adakah kamu mempunyai tugasan yang harus di siapkan? Adakah kamu mempunyai tahap keyakinan untuk melaksanakannya? Jom kita lihat.
Berikut merupakan soalan-soalan yang mudah. Kamu harus menjawab YA atau TIDAK.
1. Adakah sering berlaku kamu tidak dapat membuat keputusan sendiri dan terpaksa bergantung kepada rakan-rakan, rakan sekerja atau pasangan kamu untuk menyelesaikan masalah?
2. Adakah kamu selalu memerlukan sokongan untuk merasa selamat?
3. Adakah kamu hanya duduk dan mendengar sahaja ketika mesyuarat?
4. Adakah kamu merasa sukar untuk melaporkan sesuatu kepada bos kamu atau mempunyai idea bernas untuk menaikkan syarikat tetapi tidak mempunyai keberanian?
5. Adakah kamu takut untuk berjumpa kenalan baru? Atau ucapan di hadapan ramai orang mimpi ngeri kamu?
6. Adakah kamu menerima sahaja arahan dari orang atasan kamu walaupun kamu mempunyai beban kerja yang banyak?
7. Adakah kamu terlampau risau tentang apa yang orang lain fikir tentang kamu?
8. Adakah kamu takut pada risiko?
9. Adakah kamu tidak berpuas hati tentang luaran kamu?
10. Adakah kamu tidak selesa apabila terdapat ramai orang berkumpul di satu tempat?
Jika kamu menjawab YA untuk kebanyakkan soalan maka kamu mempunyai masalah keyakinan diri dan ia akan menghalang kamu untuk menyempurnakan tugasan kamu dengan jayanya. Jangan panik kerana sangat bagus untuk kamu mengetahui masalah yang mungkin bakal berlaku di dalam hidup kamu. Dengan mengetahui di mana kurangnya keyakinan kamu, ianya mampu membuatkan kamu bersedia untuk bekerja lebih kuat dalam membina keyakinan diri kamu.
Berikut merupakan soalan yang kamu boleh jawab.
1.Pernahkan kamu memperolehi sesuatu yang penting di masa lepas?
2. Adakah kamu yang memulakan perbualan di tempat baru atau menunggu orang lain untuk memulakan perbualan?
3. Adakah kamu rasa di hormati oleh orang lain?
4. Adakah kamu rasa kamu mempunyai potensi untuk berjaya?
5. Adakah kamu seorang yang gembira dan penyayang?
6. Adakah kamu berpuas hati dengan peningkatan dari segi kerjaya kamu?
7. Adakah kamu berpuas hati dengan teknik dan kelulusan kamu?
8. Adakah kamu rasa kamu dapat mengawal hidup kamu?
9. Adakah kamu merasa kamu akan menjadi lebih berjaya 5 tahun dari sekarang?
10. Adakah kamu rasa kamu seorang yang sangat beharga?
Jika kamu menjawab kebanyakkan soalan dengan TIDAK, maka kamu mempunyai keyakinan diri yang rendah.
Tetapi , jawapan YA atau TIDAK bukanlah satu penamat. Kamu perlu sentiasa memastikan tabiat baik kamu sentiasa ada dan menukarkan tabiat tidak baik kepada yang baik. Berita baiknya ianya sesuatu yang mungkin jika kamu meletakkan usaha.
Amat penting untuk kamu menjawab soalan-soalan di atas dengan jujur, kerana apabila kamu sedar keadaan kamu sekarang berkenaan keyakinan diri kamu barulah kamu boleh berusaha untuk membina keyakinan diri atau memastikan keyakinan sedia ada berkembang.



