Kandungan dan Manfaat Buah Naga

Posted on July 27, 2014 · Posted in Pengetahuan am

Buah naga merupakan buah dari beberapa jenis kaktus dari marga Hylocereus dan Selenicereus. Kebanyakan orang mengira buah yang dianggap membawa berkah ini berasal dari Cina. Mungkin karena buah naga hampir selalu hadir dalam setiap ritual atau upacara adat di Cina. Padahal, buah ini aslinya berasal dari Amerika Latin yang kemudian menyebar ke Israel, Australia, Cina, dan negara Asia Timur lainnya, Srilanka, dan akhirnya Asia Tenggara.

Beberapa jenis kaktus yang menghasilkan buah naga antara lain:

  • Hylocereus undatus, yang buahnya berwarna merah dengan daging buah putih.
  • Hylocereus polyrhizus, yang buahnya berwarna merah muda dengan daging buah merah.
  • Selenicereus megalanthus, dengan kulit buah kuning dan daging buah putih.
  • Hylocereus costaricensis, buah naga dengan warna buah yang sangat merah.

Dalam 100 g buah naga, mengandung kalori 60 kkal, protein 0, 53 g, karbohidrat 11, 5 g, serat 0,71 g, kalsium 134,5 mg, fosfor 87 mg, zat besi 0,65 mg, vitamin C 9,4 mg, serta kandungan airnya sebanyak 90%. Kandungan lain dan khasiatnya adalah :-

Sumber Vitamin C

Buah naga kaya akan vitamin C yang dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Buah naga yang dikeringkan terbukti mengandung 10 kali lebih banyak vitamin C yang diperlukan tubuh.

Sumber Vitamin B1 (tiamin)

Vitamin lain dalam buah naga adalah Vitamin B1 atau tiamin. Fungsinya untuk memproses karbohidrat degan cepat dan menghasilkan tenaga bagi tubuh.

Sumber Vitamin B3 (niacin)

Buah naga mampu menurunkan kolesterol karena kandungan vitamin B3 atau niasin di dalamnya. Vitamin ini juga mampu membuat kulit terlihat halus dan bercahaya secara alami dari dalam.

Sumber Vitamin B12

Kandungan vitamin B12 membuat buah ini menjadi perangsang nafsu makan yang baik. Terutama bagi orang-orang yang sedang dalam masa penyembuhan, buah naga sangat dianjurkan untuk dimakan.

Kaya Serat

Buah naga mengandung serat yang cukup tinggi, sehingga berkhasiat untuk mengatasi beberapa masalah pencernaan seperti sembelit atau susah buang air besar.

Kaya Mineral

Mineral yang terkandung dalam buah naga adalah fosfor dan kalsium. Keduanya memiliki peranan dalam pembentukan tulang, gigi, dan perkembangan sel.

Kandungan Antioksidan

Buah naga merupakan sumber antioksidan yang baik untuk mencegah dari serangan radikal bebas yang menyebabkan kanser dan masalah kesihatan lainnya.

Kandungan Protein

Protein merupakan nutrisi penting yang diperlukan oleh tubuh untuk membentuk hormon, enzim, dan senyawa lain. Jagalah kadar protein dalam tubuh dengan mengamalkan buah ini.

Rendah lemak

Terdapat banyak biji-biji kecil dalam buah naga. Rupanya, biji ini merupakan lemak tak tepu yang baik untuk kesihatan kerana menurunkan kolesterol baik dan menghilangkan kolesterol jahat.

Mengawal kandungan gula dalam darah

Bagi penderita diabetes tahap 2, buah ini paling baik dimakan untuk mengawal kandungan gula dalam darah agar tetap seimbang.

Menurunkan tekanan darah

Makan buah naga mampu mengembalikan tingkat hipertensi seseorang menjadi normal. Berita baik ini bagi mereka yang berisiko terkena serangan jantung dan strok.

Meneutralkan racun

Racun dalam tubuh seperti merkuri, arsen, dan lain-lain, membahayakan kesihatan. Namun, semua racun dalam tersebut dapat dineutralkan dengan mengamalkan buah naga.

Kesihatan mata

Buah naga mengandung karoten yang membantu menjaga kesihatan mata dan memperbaiki penglihatan.

Menurunkan berat badan

Sedang diet? Cuba masukkan buah naga sebagai snek sehari-hari. Selama beberapa bulan berikutnya, anda akan melihat badan anda lebih ramping dan ideal. Memakan buah naga dianjurkan untuk menurunkan berat badan anda.

Mengubati asma

Batuk dan asma, beberapa gangguan pernafasan yang sering menyerang anak-anak dan orang dewasa. Ringankan gejalanya dengan mengamalkan buah naga.

Nah, itulah kandungan nutrisi pada buah naga serta beberapa manfaatnya bagi kesihatan. Sedikit tips bagi anda yang ingin membeli buah naga untuk dimakan, pilihlah buah naga yang sudah benar-benar matang. Cirinya bila ditekan terasa lembut dan warna pinknya cantik serta kulit buahnya bersih.

Sumber : manfaatnyasehat.blogspot.comMemo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.