Kehebatan Vitamin C

Posted on April 1, 2015 · Posted in Pengetahuan am

Ramai yang beranggapan vitamin C hanya baik untuk kecantikan kulit. Namun, ia sebenarnya mampu memberi kebaikan kepada tubuh badan secara menyeluruh.

Melawan jangkitan kuman
Ia menjadi sokongan untuk sel darah putih dan antibodi bagi melindungi badan daripada penyakit yang disebarkan melalui virus, kuman dan bakteria.

Mengimbangi kesan stres
Stres menyebabkan penyakit mental dan fizikal. Vitamin C membantu meneutralkan toksin yang dirembeskan ketika anda mengalami tekanan.

Memelihara kesihatan mata
Pengambilan vitamin C yang betul dapat mengelakkan mata daripada dijangkiti katarak dan glaukoma.

Mengurangkan risiko sakit jantung
Vitamin C dapat mengelakkan lemak yang berada dalam saluran darah daripada berkumpul di saluran arteri dimana ia adalah punca utama serangan jantung.

Sumber: www.eh.com.my/artikel/gaya-hidup/kehebatan-vitamin-cMemo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.