Kejayaan : Usaha atau Tuah

Posted on February 14, 2014 · Posted in Memo Plus Gold, Pengetahuan am

“ Kejayaan seseorang bergantung kepada usaha dan kerja keras serta tiada kena mengena dengan tuah seseorang”.

Sesetengah orang percaya mereka berjaya atas usaha dan penat lelah mereka manakala sesetengah pula percaya tuah memainkan peranan penting di dalam kejayaan . Menurut pandangan saya, usaha tanpa berputus asa merupakan kunci kepada kejayaan. Terdapat ramai orang yang hebat berjaya kerana mereka berusaha tanpa berputus asa.

Jika di lihat kepada sejarah penciptaan teknologi serta alatan yang kita ada sekarang, saintis dan pencipta yang telah menempa sejarah seperti Sir Isaac Newton tidak berjaya dengan sekelip mata. Mereka melakukan banyak eksperimen dan tidak berputus asa walaupun mereka gagal. Waima Harland Sanders yang berusaha menjual resepi ayamnya telah di tolak berkali-kali sebelum resepi itu berjaya di kembangkan dan menjadi antara rangkaian restoran terbesar di dunia iaitu KFC. Bayangkan jika orang-orang ini berhenti dari mencuba apabila gagal atas cubaan pertama. Pastinya tiada telefon di zaman ini, tiada elektrik dan tiada kemodenan yang kita kecapi. Malahan di Malaysia sikap tidak putus asa pejuang bangsalah yang membebaskan kita dari tangan penjajah dan memerdekakan Tanah Melayu ketika itu, yang kini di kenali sebagai Malaysia.

usahaSelain itu, usaha yang tidak bergantung kepada nasib dapat kita lihat melalui atlet negara yang berusaha memartabatkan Malaysia di mata dunia. Lihat sahaja Dato’ Nicol David. Betapa banyak pertandingan yang perlu beliau sertai setiap tahun bagi memastikan beliau kekal sebagai pemain no 1 dunia. Selain itu beliau juga tidak kalah di dalam pelajaran. Ini menunjukkan betapa kuatnya usaha serta azam serikandi ini untuk berjaya. Mereka meletakkan tenaga dan usaha mereka berlatih untuk mendapatkan penghormatan untuk negara selain membalas sokongan dari peminat dan rakyat Malaysia.

Seterusnya, untuk berjaya menjulang kejayaan di dalam peperiksaan kita haruslah berusaha dengan bijak. Tuah pastinya tidak wujud untuk membantu kamu cemerlang. Tetapi dengan usaha secara bijak pastinya kamu boleh. Kamu perlu meningkatkan daya ingatan supaya segala usaha yang kamu curahkan untuk belajar, mengulangkaji dan mengingati tidak sia-sia begitu sahaja.

Oleh itu pastikan usaha kamu di sertai dengan Memo Plus Gold, makanan tambahan bagi meningkatkan daya ingatan, tumpuan dan kecergasan.

 Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.