Kelebihan Buah Markisa

Posted on July 14, 2014 · Posted in Pengetahuan am

collage passionsKhasiat passion atau Markisa ini sangat hebat. Jika di lihat bentuk dan isi buah passion ini seperti buah delima. Tetapi sebenarnya rasa dan bentuknya memang sangat berbeza.

Di Tanzania, BUAH PASSION atau MARKISA ini memang terkenal di negara Afrika. Pergi sajalah di restoran mana-mana pun akan ada FRESH PASSION atau ice cream passion dalam menu mereka. Sebab itu kita boleh lihat kulit-kulit mereka walaupun nampak gelap tetapi cantik dan tahan lasak. Jika di negara Barat mereka lebih gemar membuat kek dan dessert kerana rasanya yang masam dan aroma.

Vitamin dalam buah passion

Buah Markisa sangat tinggi kandungan vitamin C, zat besi, kalium A dan diet serat. Kebaikan vitamin C (antioksidan) dan vitamin A dapat membantu melindungi/menghalang/melawan badan kita daripada mendapat penyakit jantung dan KANSER.

Kalium dan serat yang ada dalam buah ini merupakan eletrolit yang dapat membantu mengekalkan tahap bendalir badan kita dan juga membantu merendahkan tekanan darah, mengekalkan ketegangan otot, sakit kepala dan penyakit imsomnia (susah tidur), penyakit artritis (sakit otot), sawan dan sakit kepala, mempercepatkan penyembuhan luka, sembelit, mengurangkan kolestrol dan lemak dalam darah yang berlebihan.

Zat besi pula membantu meningkatkan tenaga, tidur yang lebih baik, meningkatkan imuniti dan membekalkan oksigen dalam darah.

Daun dan bunga Markisa mengandungi alkaloid yang boleh mengurangkan tekanan darah. Pesakit kanser tidak boleh tension, terlalu tertekan dalam siatuasi tegang atau memikirkan masalah sehingga boleh membawa tekanan dan kurang tidur. Jadi pastikan pesakit KANSER tiada tekanan dan banyakkan berzikir dan istighfar agar hati sentiasa tenang..

Ekstrak buah Markisa berkulit ungu boleh membunuh sel-sel kanser dalam vitro. Phytochemical yang ditemui dalam buah Markisa sumber utama anti kanser iaitu karotenoid dan polifenol. Sebab itu pesakit KANSER harus banyak memakan buah- buahan yang tinggi kandungan vitamin C selain Markisa iaitu nenas, durian belanda (soursop), anggur yang mempunyai biji dan dikunyah (jangan di buang bijinya), betik, berries, orange, aprikot termasuk bijinya B17 dan banyak lagi.

Penambahan… 

Buak Markisa juga membantu mengurangkan alahan dan radang serta asma. Pastikan semasa mengambil jus passion/markisa tidak dicampur dengan ketulan ais atau sejuk.

Sumber : kongsibersamanora.blogspotMemo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.