Keputusan Cemerlang SPM 2015

Posted on March 4, 2015 · Posted in Kemahiran Keibubapaan, Pengetahuan am

Tahniah kami ucapkan kepada para pelajar yang mendapat keputusan cemerlang di dalam SPM pada tahun ini. Bagi yang kurang menyerlah, SPM bukanlah penghujung kepada perjalanan anda. Masih panjang lagi hala tuju yang anda boleh pilih dalam menetapkan arah kehidupan.

Ke mana anda selepas ini?

Bagi yang mempunyai keputusan cemerlang pasti sudah ada Universiti yang ingin di masuki dan bidang yang ingin di ceburi. Bagaimana pula bagi yang mempunyai keputusan sederhana? Jangan gusar kerana Malaysia mempunyai peluang yang luas dalam bidang pembelajaran. Terdapat banyak kolej samada swasta mahupun di bawah kerajaan negeri yang juga menawarkan kursus yang menarik atau latihan perindustrian. Kolej komuniti, Institut Latihan Perindustrian, Politeknik dan Kolej Kejururawatan merupakan antara pilihan yang popular bagi yang mempunyai keputusan kurang memberansangkan.

Peluang pekerjaan juga lebih terbuka luas seandainya kamu mempunyai kemahiran berbanding pembelajaran teori sahaja. Oleh itu, tidak perlu gusar seandainya keputusan kamu lebih teruk berbanding rakan-rakan yang lain kerana banyak lagi peluang yang boleh kamu ambil dalam membentuk masa depan yang cemerlang.

Yang penting, “Usaha tangga kejayaan”. Di mana ada kemahuan, di situlah ada jalannya.

 

Selamat Berjaya!Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.