Definisi ini sebenarnya memberitahu kepada kita bahawa untuk menjadi seorang individu yang sihat, kita perlulah sihat dan sejahtera dari segi mental dan fizikal. Kesihatan mental memerlukan kita untuk memiliki pandangan dan sikap yang positif dan proaktif terhadap diri sendiri dan orang lain serta dalam perhubungan kita dengan mereka, di samping memiliki sikap yang positif terhadap persekitaran kita. Keupayaan untuk bekerjasama dengan orang lain secara sihat dan mampu mengharungi sebarang cabaran kehidupan secara berkhemah amat perlu demi kestabilan mental. Jika definisi oleh WHO ini menggambarkan pengertian terhadap kesihatan yang juga meliputi kesihatan mental, maka penyakit mental pula digambarkan sebagai sebaliknya. Iaitu sebarang sindrom mental, emosi atau tingkahlaku, yang amat mengganggu dan mendatangkan ketidakupayaan kepada individu itu untuk berfungsi secara sepatutnya dan memerlukan rawatan. Untuk mencapai atau memiliki tahap kesihatan mental yang sempurna bukanlah sesuatu yang sukar, namun kesan kegagalan dalam mencapai atau melaksanakan sesuatu yang mudah adalah lebih sukar kerana ia akan mengakibatkan lebih banyak keburukan dari kebaikkan.
Setiap individu mempunyai cara tersendiri bagi menyelesaikan masalah kehidupan yang dihadapi. Namun tidak semua di antara mereka yang tahu cara yang terbaik dan proaktif dalam menanganinya. Walaupun hanya segelintir yang menghadapi kepayahan seperti ini, namun langkah-langkah kesedaran perlu dilakukan untuk mereka agar kaedah yang diambil tidak menjurus kepada kemusnahan dan tingkahlaku berisiko tinggi serta berbahaya. Kita tidak mahu ada anggota masyarakat yang menggunakan pendekatan sendiri seperti mengambil dadah, meminum arak, merokok, menganjurkan seks bebas, atau membunuh diri bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Kesan penyakit mental sebenarnya lebih banyak mendatangkan keburukan dan bebanan kepada kita semua dalam pelbagai aspek kehidupan, khusus terhadap pesakit, keluarga mereka, majikan, kehilangan produktiviti dan pendapatan, seterusnya menjejaskan ekonomi negara dan sistem penjagaan kesihatan. Memang sudah dimaklumi bahawa penyakit mental, tekanan emosi dan gangguan tingkahlaku turut mendatangkan pelbagai kesengsaraan dan ketidakupayaan lain. Ia bukan sahaja menjejaskan produktiviti, tetapi juga kesannya yang negatif terhadap keperibadian dan perhubungan sosial, malah boleh membawa kepada pelbagai penyakit mental dan fizikal lain serta ada yang berakhir dengan kematian.
Oleh itu jaga mental anda dengan Memo Plus Gold. Membantu minda anda lebih sihat dan cergas serta menjadikan badan lebih sihat. Memo Plus Gold pilihan tepat bagi kesihatan mental dan fizikal anda.




