Ketahui Faktor Yang Menyebabkan Asma Dalam Kalangan Kanak-kanak

Posted on June 10, 2013 · Posted in Pengetahuan am

Ketahui Faktor Yang Menyebabkan Asma Dalam Kalangan Kanak-kanakSesiapa sahaja yang mengalami masalah berkaitan pernafasan sama ada ianya berpunca daripada pneumonia, COPD, jangkitan paru-paru, bronchitis atau apa jua yang menyebabkan kesukaran bernafas pasti dapat merasai apa yang ditanggung oleh pesakit Asma. Asma dalam kalangan kanak-kanak merupakan penyakit yang menyebabkan kanak-kanak menghadapi kesukaran bernafas dan beberapa simptom tambahan lain seperti berdehit, sesak dada, sesak nafas dan batuk. Keadaan ini amat menakutkan kanak-kanak kerana keradangan akan menjejaskan saluran pernafasan besar dan kecil yang terdapat di dalam paru-paru sekaligus menyebabkan saluran pernafasan tersebut menjadi sempit atau tersumbat. Hal ini menyebabkan terjadinya kesukaran bernafas.

Penyebab Asma

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan asma dalam kalangan kanak-kanak yang patut diketahui oleh ibu bapa supaya lebih berhati-hati. Antaranya ialah :

  • Jangkitan pernafasan – Bakteria, kulat, parasit dan virus yang menyebabkan pelbagai gangguan pernafasan adalah sangat bermasalah kepada kanak-kanak yang menghidap asma. Organisma berjangkit ini akan meningkatkan risiko serangan asma.
  • Tindak balas kimia – Ramai kanak-kanak sering terdedah kepada bahan kimia tertentu seperti racun serangga dan pelbagai pencuci yang mana boleh menyebabkan serangan asma. Ibu bapa perlu lebih peka kepada bahan kimia yang digunakan di persekitaran kanak-kanak yang menghidap asma.
  • Alergen – Terdapat pelbagai alergen yang boleh menyebabkan asma pada kanak-kanka seperti bulu haiwan peliharaan, makanan, hama, debunga, pokok, pencuci pakaian dan juga fabrik tertentu (mungkin lebih kepada pewarna yang digunakan dalam fabrik berbanding fabrik itu sendiri). Ibu bapa perlu lebih prihatin dengan bermacam-macam jenis barangan yang ada di sekeliling anak anda yang mana boleh menyebabkan serangan asma.
  • Pencemaran udara – Kanak-kanak yang menghidap asma boleh mendapat serangan asma disebabkan oleh asap tembakau, pewangi, penyembur rambut dan juga udara luar yang sangat tercemar.
  • Cuaca – Perubahan cuaca berikutan suhu yang melampau, kelembapan dan kualiti udara di sesetengah kawasan boleh menyebabkan asma dalam kalangan kanak-kanak.
  • Emosi – Sesetengah kanak-kanak menghadapi masalah emosi yang keterlaluan seperti terlalu kecewa atau sedih juga boleh mendapat serangan asma.
  • Bersenam – Bagi sebahagian kanak-kanak yang menghidap asma, senaman yang berbeza boleh menyebabkan asma dan jumlah senaman tersebut turut mempengaruhinya.
  • Ubat-ubatan – Sesetengah ubat-ubatan juga boleh membawa kepada serangan asma. Oleh itu, pastikan anda membaca kesan sampingan yang tertera pada ubat-ubatan yang diberikan kepada anak anda bagi memastikan ianya tidak akan menyebabkan serangan asma.

Ujian bagi Mendiagnosis Penyakit Asma

Terdapat beberapa ujian yang digunakan oleh pakar perubatan untuk mendiagnosis penyakit asma pada kanak-kanak seperti :

  • Ujian Fungsi Pulmonari dijalankan dengan menggunakan spirometer yakni sejenis alat untuk mengukur kuantiti udara yang mengalir masuk dan keluar dari paru-paru. Ia juga boleh mengesan sebarang saluran yang tersumbat sekiranya aliran udara yang mengalir semakin berkurangan, sama ada ia melibatkan saluran pernafasan besar atau kecil. Ujian ini sangat mudah di mana kanak-kanak hanya perlu mengambil nafas dan bernafas ke dalam spirometer sekuat dan secepat yang boleh. Kemudian, bacaan pada alat tersebut diambil. Ubat bronkodilator diberikan kepada kanak-kanak tersebut dan satu lagi ujian pada spirometer akan dilakukan dan keputusannya diambil.
  • Plethysmography adalah ujian untuk mengukur kapasiti paru-paru dan kuantiti udara yang boleh dikandung oleh paru-paru.
  • Ujian Alahan/Alergik sering dijalankan bersama-sama ujian pernafasan bagi menentukan sama ada alergen yang menyebabkan berlakunya serangan asma dan kesukaran bernafas.
  • Ujian Sinar-X pada dada kadang kala dilakukan bagi memberikan gambaran yang lebih jelas tentang keadaan sebenar paru-paru bagi membantu pakar perubatan dalam mendiagnosis pesakit.

Rawatan

Terdapat beberapa rawatan boleh dijalankan kepada kanak-kanak yang menghidap asma termasuklah :

  • Ubat-ubatan yang diambil kanak-kanak setiap hari bagi mengelakkan serangan asma dipanggil ‘Controllers’ termasuklah bronkodilator, leukotriene antagonists, kortikosteroid, and kromolyn.
  • Ubat-ubatan yang memberikan kelegaan yang cepat dipanggil ubat penyelamat. Ianya termasuklah beberapan bronkodilator dan kortikosteroid.
  • Jika serangan asma teruk, rawatan pernafasan secara amnya perlu dilakukan di bilik kecemasan dengan menggunakan dos beta-2 agonis yang lebih tinggi dan bronkodilator.

Langkah-langkah bagi Mengelakkan Serangan Asma

Berikut merupakan langkah-langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa bagi mengelakkan serangan asma dalam kalangan kanak-kanak :

1. Fahami penyebab serangan asma dalam kalangan kanak-kanak, kenal pasti dan kawal penyebabnya.

2. Berhati-hati dengan simptom dan perubahan yang ditunjukkan dalam corak pernafasan anak anda dan gunakan spirometer jika anda berasa ragu.

3. Ambil semua ubat-ubatan yang ditetapkan sebagaimana yang telah dicadangkan oleh doktor.

4. Bekerjasamalah dengan doktor anda bagi merancang bagaimana untuk mengawal gejala-gejala asma.

Hadapi Asma dalam Kehidupan Seharian

Apabila ibu bapa sudah faham bahawa penyakit asma dalam kalangan kanak-kanak boleh dikawal, ketahuilah penyebabnya dan cuba rancang bagaimana untuk merawatnya. Adalah lebih mudah untuk menghadapi asma dalam kehidupan seharian sekiranya semua orang sudah dimaklumkan dan bersedia untuk serangan tersebut.Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.