Nama saya Alvin Allan. Anak kedua dari 3 adik-beradik. Saya mempunyai seorang kakak dan seorang adik lelaki. Saya tinggal di daerah terpencil Sarawak iaitu Belaga yang terletak jauh di pedalaman. Untuk ke sekolah kami terpaksa berjalan kaki kerana ketiadaan pengangkutan awam yang efektif. Bayangkan perjalanan kami ke sekolah serta balik ke rumah setiap hari dengan berjalan kaki. Sampai sahaja kami sudah kehilangan separuh dari tenaga untuk memulakan persekolahan dan berada di dalam keadaan letih. Apabila pulang dari sekolah pula, keletihan mengurangkan masa ulangkaji kami.Namun, ibu sentiasa menasihatkan kami supaya belajar dengan bersungguh-sungguh demi mengubah nasib dan untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik di masa hadapan. Oleh itu, walaupun keletihan, saya tetap berusaha untuk belajar. Ibubapalah pendorong terbaik saya tetapi keputusan untuk markah ujian hanya sekadar memuaskan sahaja setiap kali. Ini amat mengecewakan saya.
Apabila kami berpindah ke Bintulu, prestasi pembelajaran saya mulai meningkat dengan lebih baik kesan dari tunjuk ajar dan panduan dari guru. Keletihan juga semakin kurang kerana tidak lagi perlu berjalan kaki dan masa ulangkaji juga lebih lama. Walau bagaimanapun, keputusan peperiksaan UPSR saya masih lagi mengecewakan dengan hanya memperolehi 3A 2B untuk kesemua 5 subjek. Nun jauh di sudut hati, saya terfikir apakah lagi yang masih tidak cukup sehingga dengan segala usaha yang saya lakukan matlamat saya masih lagi tak tercapai. Adakah kerana waktu ulangkaji saya masih tidak mencukupi ? Atau, adakah tumpuan saya ketika guru mengajar tidak cukup panjang ? Walaupun seribu persoalan bermain di minda ,saya tetap terus berusaha tanpa berputus asa. Ibu juga menyokong dan merasakan usaha saya cukup untuk mendapat keputusan cemerlang. Oleh yang demikian beliau telah menulis surat kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak untuk membuat rayuan agar kertas jawapan bagi subjek Bahasa Inggeris dan Sains saya di semak semula. Dukacitanya, keputusan itu masih lagi tak berubah.
Oleh kerana kakak bakal menghadapi peperiksaan SPM, ibu saya menghantarnya ke kelas tambahan manakala saya di suruh belajar sendiri sahaja untuk peperiksaan PMR. Kata ibu, saya perlu menumpukan perhatian yang lebih terhadap pengajaran guru di dalam kelas kerana ia cukup untuk memberi kejayaan kepada saya. Saya juga mengamalkan sifat positif dan berazam untuk mencapai lebih lagi bagi PMR.
Suatu hari, ayah membeli akhbar Metro Harian dan ibu terbaca testimoni yang di tulis oleh seorang pelajar yang berjaya dengan pengambilan Memo Plus Gold secara berterusan. Testimoni itu telah menarik minat ibu untuk membelikan saya Memo Plus Gold dengan segera apatah lagi ianya lebih murah dari menghantar saya ke kelas tambahan. Menurut ibu, selepas membaca testimoni itu dia berfikir yang mungkin keputusan saya tak memuaskan bukan kerana tiada usaha tetapi ingatan saya yang lemah dan kurang tumpuan ketika guru mengajar. Berpegang atas nasihat dan pendapat ibu itu, saya pun memulakan rutin permakanan Memo Plus Gold setiap hari mulai bulan Febuari 2012. Perbezaan paling ketara yang saya dapat rasakan adalah dari segi tumpuan, ingatan serta kecergasan saya. Jika dahulu saya mudah hilang tumpuan dan terpaksa mengulangkaji beberapa kali akibat lupa, kini perubahan yang ketara dapat di lihat sehinggakan kakak saya turut memuji perubahan positif yang beliau nampak berlaku ke atas diri saya. Saya juga mampu mengulangkaji dengan secukupnya pada waktu malam kerana minda saya masih terasa segar dan badan tidak seletih sebelum mengamalkan Memo Plus Gold walaupun penuh dengan aktiviti di siang hari.
Pada tahun 2012 saya menduduki peperiksaan PMR dan berkat usaha yang di sokong dengan Memo Plus Gold selama 8 bulan serta dorongan dari ibubapa saya, 7A telah berjaya saya genggam. Dari seorang pelajar dengan keputusan memuaskan, kini saya mencapai impian untuk cemerlang. Bayangkan kegembiraan yang di rasai oleh saya serta ibubapa apabila usaha yang di lakukan selama ini berjaya. Kini saya tahu bukan usaha saya tidak mencukupi, tetapi kerana saya kurang tumpuan, selalu lupa dan keletihan merupakan punca kegagalan saya sebelum ini.
Oleh yang demikian, saya memang amat berbangga dapat berkongsi testimoni ini kerana saya percaya ramai rakan-rakan yang lain juga telah berusaha sedaya upaya tetapi mendapat keputusan yang sekadar cukup-cukup makan sahaja. Mungkin kesukaran mereka juga sama seperti saya. Kurang tumpuan ketika guru mengajar, selalu lupa dan terlampau letih dengan aktiviti di siang hari. Saya berharap dengan membaca pengalaman saya ini, ibubapa mereka boleh membelikan mereka Memo Plus Gold ini sebagaimana ibu saya.
Saya memang amat berterima kasih kepada ibu saya kerana tidak berputus asa dalam mendorong saya dan percaya saya juga boleh berjaya. Dengan bantuan Memo Plus Gold, usaha saya tidak lagi sia-sia dan saya dapat membuat kedua ibubapa saya bangga. Inilah hadiah terbaik dari saya untuk mereka atas segala keyakinan yang tidak pernah putus.






