Kini Penghafazan Al-Quran menjadi mudah dengan Memo Plus Gold – Ujar Pn.Ramlah

Posted on March 7, 2013 · Posted in Testimoni

Segala ilmu adalah rahmat dari Allah. Dekatkan diri pada-Nya adalah perkara utama yang perlu dilakukan untuk mencapai kejayaan. Berusaha dan bertawakallah kepada Allah dalam setiap yang kita lakukan, nescaya kejayaan dan rahmat-Nya akan mengiringi kita. Ada cerita disebalik setiap kejayaan.

Saya berpegang teguh dengan pendapat bahawa doa amat penting diikuti dengan usaha dan keyakinan. Ikhtiar pula sebagai pelengkap untuk kita mudah berjaya. Saya mula istiqamah dalam memberikan MEMO PLUS GOLD kepada anak saya Nur Hidayah sejak tahun 2008. Setiap minggu saya mendengar info yang disampaikan oleh Pn. Hjh. Parilah di Melaka FM. Beliau merupakan seorang stokis MEMO PLUS GOLD yang berjaya di Melaka. Berkat rahmat Allah, kesemua anaknya berjaya dengan cemerlang dengan mengamalkan produk MEMO PLUS GOLD ini. Mendengar cerita dan luahan perasaannya di corong radio, saya mula berkeyakinan untuk memperkenalkan produk ini kepada anak-anak saya.

Nur Hidayah menunjukkan slip peperiksan PMR

Nur Hidayah menunjukkan slip peperiksan PMR

Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga kerana dengan berkat doa dan pengambilan produk ini, anak saya yang pertama sudah pun menyambung pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi. Ketika NurHidayah berusia 11 tahun, dia berjaya memperoleh 8A penuh dalam

Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) di Sekolah Agama JAIM. Tidak ketinggalan diikuti dengan keraihan kedua keputusan cemerlang 5A Dalam Ujian Penilaian Sekoalh Rendah ( UPSR ) pada tahun 2009.

Keputusan UPKK 2008

Keputusan UPKK 2008

Keputusan UPSR 2009

Keputusan UPSR 2009

Memandangkan anak saya mengambil aliran agama, maka penghafalan dan daya ingatan yang tinggi amat diperlukan dan menjadi keutamaan dalam pembelajaran. Setelah anak saya mengamalkan MEMO PLUS GOLD, saya mula melihat perubahannya. Dia lebih ceria dan fokus terhadap pembelajarannya. Nur Hidayah juga ada melahirkan perasaan gembira kerana urusan pembelajarannya kini menjadi lebih mudah dan seronok.

Tambahan lagi, Nur Hidayah memerlukan tenaga dan daya ingatan yang optimum dan mantap dalam usaha untuk menyesuaikan diri dalam semua mata pelajaran berkaitan dengan penghafazan Al-Quran dan Bahasa Arab. Sebagai ibu, saya sentiasa memberikan sokongan dan dorongan yang positif supaya dia berusaha dengan lebih gigih untuk mencapai impiannya. Setiap mata pelajaran seperti Jawi, Bahasa Arab dan hafazan Al-Quran memerlukan daya ingatan yang kuat. Pengamalan MEMO PLUS GOLD sememangnya sangat membantu dari segi memantapkan pengingatan yang kuat. Selepas beberapa bulan, anak saya lebih mudah untuk menghafaz dan memahami isi pembelajaran dengan lebih baik berbanding kanak-kanak lain. Kebanyakan murid di sekolah agama menghadapi keadaan berkaitan dengan daya ingatan yang mana menyebabkan mereka cepat putus asa tetapi Nur hidayah tidak mengalami situasi tersebut.

PMR 2012

Keputusan PMR 2012

Selepas kesemua anak saya mengamalkan pengambilan MEMO PLUS GOLD, pencapaian mereka dalam pelajaran mula menampakkan peningkatan. Alhamdulillah, baru-baru ini anak saya, Nur Hidayah binti Abdul Halim, yang merupakan pelajar di Sekolah Agama Sharifah Rodziah, Telok Mas Melaka, telah berjaya mendapat 9A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah ( PMR ) 2012.Kini,Nur Hidayah menuntut di tingkatan 4.

Rutin harian yang padat dan aktiviti yang memenatkan di asrama kini tidak lagi menjadi batu penghalang. Perubahan ketara dapat dilihat dalam diri anak saya dari segi tingkah lakunya yang positif, staminanya yang semakin meningkat dan dia kini semakin bertenaga, Tumpuannya di dalam kelas juga semakin meningkat di samping semakin bersemangat untuk melakukan tugasan utama sebagai seorang pelajar. Guru di sekolah juga teruja melihat perubahan positif yang berlaku dan mereka sentiasa memberikan sokongan penuh terhadap Nur Hidayah.

Sepanjang pengambilan MEMO PLUS GOLD, Alhamdulillah, anak saya sentiasa memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Syukur ke hadrat Illahi kerana Allah membukakan hati saya untuk terus membeli MEMO PLUS GOLD kepada anak-anak saya. Ternyata kesannya sangat membuahkan hasil untuk kami sekeluarga. Sememangnya produk ini sangat meyakinkan dan kini saya tidak berasa was-was untuk memperkenalkan produk ini kepada orang ramai. TERIMA KASIH MEMO PLUS GOLD.

Luahan kesyukuran oleh Pn. Ramlah binti Mohd Noor dari Jasin, Melaka.

Pembelian Memo Plus Gold atas Talian Internet, Klik Dan Pesan Sekarang!

Sila Pilih Destinasi Penghantaran, Semananjung Atau Timur Malaysia dibawah.


Pilih Semananjung Atau Timur Malaysia:
NO. Telepon Anda



Penggunaan efektif

Dos: Bagi dewasa, satu kapsul dua kali sehari selepas makan dan bagi kanak-kanak (7 hingga 12 tahun) satu kapsul sehari selepas sarapan. Pengguna disarankan supaya terus mengambil MEMO PLUS GOLD sekurang-kurangnya 3 bulan untuk mendapatkan kesan yang ketara, selepas tempoh itu pengguna boleh mengambil satu kapsul sehari jika mahu.

Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.