Kurus dengan Cuka Epal – banyak kelebihan dan khasiatnya

Posted on July 30, 2014 · Posted in Pengetahuan am

GEMUK. Ejaan dari lima huruf itu memang ditakuti oleh wanita . Malah kini seiring dengan perkembangan pengetahuan kesihatan dan gaya hidup, lelaki juga bimbang bila tubuh mereka menjadi gemuk.Gemuk merupakan bentuk fizikal yang merisaukan dan menghambat fikiran kebanyakan dari kita.
Malu, sedih, meradang dengan penampilan diri sering menyebabkan rasa rendah diri pada individu-individu yang mengalami masaalah kegemukan ini. Sangat jarang orang gemuk gembira dengan bentuk tubuhnya. Walau mulut menafikan tapi di hati, siapalah tahu.

Trend membentuk badan kurus bukan sekadar untuk menampilan lebih bergaya tapi juga untuk tujuan kesihatan. Ukur lilit pinggang hendaklah dikecilkan jika tidak mahu penyakit merbahaya menghinggap seperti pertambahan kolestrol, penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi.

Dewasa ini kepelbagaian bentuk dalam menangani masaalan kegemukan  datang melalui pelbagai cara.
Samada dengan mengikuti petua-petua tradisional, menjalani rawatan di pusat-pusat kecantikan menguruskan badan, atau melalui pelbagai produk yang mempaparkan jenama dan harga yang bebeza namun natijahnya hanya satu – untuk kuruskan badan. Memudahkan ungkapan , tepuk dada tanya selera dan usaplah dompet anda !

Salah satu dari pemakanan tradisi yang didapati berkesan untuk menurunkan berat badan ialah dengan mengamalkan pengambilan cuka epal.Cuka Epal memang sudah diketahui mengandungi pelbagai khasiat kesihatan sejak dulu lagi. Ribuan tahun dahulu orang-orang Greek dan Mesir telah menggunakannya sebagai tonik kesihatan. Cuka epal dihasilkan melalui proses penapaian dimana gula di dalam buah epal dipisahkan oleh bakteria. Kemudian raginya yang berwarna kuning keemasan dijual dalam bentuk semulajadi. Cuka ini juga popular digunakan dalam masakan. Penggunaan cuka epal ini mula popular setelah Dr D.C.Jarvis ( penulis buku kesihatan ) mengesyorkannya untuk diminum setiap hari dan sebagai ‘home cure’ atau PENAWAR yang perlu ada dalam setiap rumah.
ANTARA KHASIAT CUKA EPAL IALAH :

1.  Memecahkan molekul lemak dan secara tidak langsung membantu proses
penurunan berat badan.

2.  Membantu menyembuhkan pelbagai penyakit dan masalah kesihatan seperti
alergi yang disebabkan oleh binatang kesayangan, makanan mahupun
persekitaran. Ia bagus untuk menyembuhkan jangkitan sinus, selsema,jerawat,
kolestrol tinggi, keletihan , sakit ulu hati, sakit tekak, dermatitis, artritis, gout
dan membantu menurunkan tekanan darah tinggi.

3.  Membantu meningkatkan kadar metabolisma badan. Dengan itu kadar
pembakaran lemak menjadi lebih  cepat dari biasa. Ia juga memberikan anda
lebih tenaga untuk menurunkan berat badan.

4.  Membantu menurunkan kadar kolestrol dan kadar triglyceride dalam badan
yang disebabkan pengumpulan lemak.

5.  Sebagai tambahan, jika cuka epal diambil setengah jam sebelum makan,
akan dapat mengekalkan kenyang malah melambatkan rasa lapar.

6.  Melambatkan proses penuaan dengan mengimbangi keasidan dalam tubuh
kerana asid yang tinggi  menyebabkan rasa mengantuk dan malas.

7.  Mengimbangi PH rambut dan membunuh bakteria yang menyebabkan klemumur
dan keguguran rambut.

8.  Membantu mengawal tekanan darah tinggi dan gout.

9.  Membersihkan buah pinggang

10.Membantu menyelesaikan masalah pencernaan dengan membunuh parasit
di dalam perut.

11. Meningkatkan stamina badan dan mengurangkan keletihan akibat bersenam.

12. Meningkatkan sistem imun badan

13. Mengurangkan masalah selulit

Justeru jika anda memilih menurunkan berat badan secara tradisional, cuka epal adalah jawapannya.
Pengambilan cuka epal bercampur madu yang disertakan dengan senaman dan kawalan pemakanan adalah cara yang betul untuk menurunkan berat badan. Kepada yang tiada masalah dengan berat badan, jangan risau kerana pengambilan cuka epal tidak akan menjadikan anda kurus kering. Kerana apa yang dipecahkan oleh cuka epal adalah lemak dan bukannya tisu otot.

 

Sumber : lynnmunir.blogspot.comMemo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.