“Walau apapun yang kamu lakukan, lakukannya sehingga kamu berpuas hati”. Hanya dengan ini kamu dapat meneruskan kehidupan kamu dengan perasaan gembira. Syarikat kasut seperti “Nike” juga menggunakan perkataan “Just Do It – Lakukan sahaja” sebagai motto syarikat mereka. Kita selalunya mempunyai masalah dalam memulakan sesuatu. Memang ianya sukar. Ianya sukar untuk bangun setiap pagi, sukar untuk kita menghadkan makanan untuk kurus dan susah untuk kita meninggalkan kerja yang selesa walaupun tiada peluang untuk peningkatan. Amat sukar untuk kita belajar makan makanan yang seimbang, makanan yang sihat dan makan dengan jumlah yang betul. Oleh kerana semuanya ini amat susah untuk di lakukan, amat penting untuk kamu mencari insentif bagi membuatkan diri kamu lebih bersemangat untuk bermula.
Sebaik aktiviti bermula, tidak kira apa, ia akan menjadi semakin mudah. Biasanya permulaan yang membuatkan kita ragu-ragu untuk bertindak dan seterusnya lansung tidak melakukannya. Kita merasakan hanya kesusahan dan masalah yang ada apabila kita memulakan sesuatu. Ini menyebabkan kita kadangkala memulakan sesuatu dengan sikap yang tidak betul.
Tugasan yang ada tidaklah sesukar mana. Orang dewasa lebih sukar untuk melakukan sesuatu yang baru seperti senaman yang memerlukan mereka keluar rumah di mana kanak-kanak pula amat suka untuk bermain di luar rumah. Pernahkah kamu mengelak untuk bermain bola dengan anak kamu atau pergi membeli belah tetapi di pertengahan perbuatan itu kamu mulai merasa seronok?
Dalam bahagian pertama kita membincangkan bagaimana orang dewasa takut dalam memulakan sesuatu yang baru. Kita akan menangguhkan aktiviti baru dan mencari alasan untuk penangguhan itu. Kita takut, seperti yang kita fahami di bahagian pertama. Kenapakah kita takutkan perkara baru? Ini kerana kita mempunyai zon selesa dan kita tidak mahu meninggalkannya. Kita rasa tidak selesa untuk meninggalkan ruang keselesaan ini. Dalam bahagian ini kita akan membincangkan bagaimana untuk kita memulakan aktiviti yang baru.
Kehidupan kita setiap hari serta tanggungjawab yang kita pikul meninggalkan kita dengan kurang masa untuk bermain dan seterusnya lupa cara untuk bermain. Tapi apabila kita mulakan sesuatu tanpa sebarang keraguan, ia akan menjadi mudah. Selepas kamu mempunyai perasaan kejayaan itu, kamu akan melakukannya dengan lebih mudah di masa akan datang. Berapa ramai orang yang bersumpah akan memulakan permakanan seimbang dan membuat rancangan untuk mengubah tabiat permakanan? Berapa ramai yang membuat perbandingan antara jumlah makanan yang di makan oleh lelaki berbanding wanita? Ia tidak sukar sebenarnya tetapi kamu harus memulakannya dahulu.
Ia adalah sama dengan usaha kamu untuk meninggalkan tabiat buruk. Jika kamu mahu berhenti merokok, kamu perlu bermula dengan membuang kotak rokok yang kamu ada. Jika kamu mahu melakukan yoga, kamu perlu mulakannya. Permulaan memang susah kerana kita selalunya susah untuk melakukan perubahan besar di dalam hidup kita.
Selepas permulaan yang lemah, ingat bahawa ia akan menjadi semakin mudah selepas kamu mula. Ia tidak sesusah yang kamu bayangkan. Kamu pastinya akan terkejut dengan apa yang kamu boleh capai selepas kamu memulakannya. Oleh itu, lakukan ia dan lakukannya sampai kamu berpuas hati.



