Kesihatan adalah kekayaan, begitulah yang menjadi pegangan segelintir orang. Sememangnya kata-kata itu benar kerana sekiranya kita sering jatuh sakit, mana mungkin kita boleh bekerja, apatah lagi mencari kehidupan yang lebih selesa.
Ramai yang tidak ada masa untuk bersenam dek kesibukan bekerja di pejabat hingga mengabaikan soal kesihatan
Sering makan di luar juga faktor yang meningkatkan risiko penyakit antaranya kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung kerana pengambilan terlalu banyak garam dan gula.
Tidak perlu mengamalkan senaman khusus tetapi langkah kecil yang diambil hari ini mampu memberi manfaat besar kepada kesihatan dan membantu mengekalkan kecergasan.
Di sini disenaraikan tip kesihatan yang boleh diamalkan bersama demi menjaga kesihatan diri secara menyeluruh dan mengelak penyakit berbahaya.
1. Minum air masak secukupnya setiap hari.
2. Menggunakan tangga daripada lif atau tangga bergerak.
3. 10,000 langkah setiap hari. Anda juga boleh sentiasa bergerak ketika di pejabat atau mengambil inisiatif berjalan ke tempat kerja bagi yang tinggal berdekatan.
4. Kurangkan pengambilan garam dan gula dalam permakanan.
5. Kurangkan makanan berminyak dan makan lebih sayur-sayuran.
6. Makan buah-buahan sebagai snek ketika perut kosong. Ini dapat memastikan tubuh kita menerima lebih nutrisi.
7. Makan secara sederhana. Jangan makan terlampau kenyang dan jangan terlampau berdiet sehingga badan tidak cukup khasiat.



