Kita dikurniakan dengan pelbagai tumbuhan dan bahan semulajadi yang mempunyai banyak khasiat terhadap tumbuh badan manusia. Oleh itu gunakan ramuan semulajadi didalam merawat penyakit-penyakit ringan yang anda hadapi supaya badan anda tidak dipenuhi dengan bahan kimia.
Jom lihat penggunaan ringkas lemon, madu dan halia untuk tekak anda.
Ramuan khas untuk sakit tekak.
Dua biji lemon (dibersihkan dan dihiris)
Dua biji halia, sebesar ibu jari (bersihkan dan dihiris menjadi kepingan bulat)
1 cawan madu
1. Dalam bekas (350ml – 400ml), campurkan hirisan lemon (tinggal 3-4 hirisan) dan halia.
2. Tuangkan madu ke dalam bekas itu dengan perlahan. Ini mungkin mengambil sedikit masa untuk membiarkan madu tenggelam ke bawah dan di sekitar limau dan halia hirisan. Pastikan setiap ruangan udara diisi dengan madu. Tinggalkan sedikit ruangan di atas untuk ditutup dengan beberapa hirisan lemon.
3. Tutup bekas itu dan masukkannya ke dalam peti sejuk. Ia akan keras dan menjadi seperti agar-agar.
4. Campurkan 1 – 2 sudu teh ‘agar-agar’ madu itu ke dalam cawan dan tuangkan air mendidih ke atasnya untuk diminum.
5. Boleh disimpan di dalam peti sejuk untuk 1 hingga 2 bulan.





