Makanan Kaya Anti-Oksidan Baik Untuk Kulit

Posted on April 9, 2015 · Posted in Pengetahuan am

Tahukah anda bahawa sumber makanan yang kaya dengan agen anti-oksidan sebenarnya baik buat kulit? Dengan memakan makanan yang kaya dengan sumber anti-oksidan kulit pasti tiada masalah penuaan kulit dan masalah kulit yang lain seperti kulit kering, kulit berminyak dan kulit berkedut.

Kurma

Kurma kaya dengan pelbagai vitamin yang baik buat kesihatan tubuh dan memberikan sumber tenaga yang baik untuk badan. Antara salah satu vitamin yang ada dalam kurma adalah vitamin C.Vitamin C yang terkandung dalam kurma berperanan sebagai agen anti-oksidan yang dikenali sebagai tanin.Tanin ini bersifat anti-infeksi, anti-inflamasi, dan anti hemoragik. Malah,kurma juga kaya dengan vitamin A yang bersifat anti-oksidan demi menjaga kulit yang cantik dan sihat.

Kismis

Kismis sebenarnya merupakan buah anggur hijau atau hitam yang dikeringkan. Sememangnya buah anggur juga kaya dengan sifat anti-oksidan yang tinggi. Kismis terkandung Phenolic Phytonutrients yang berfungsi dalam membunuh kuman, antibiotik dan anti-oksidan dalam menjaga kulit.

Beri biru

Buah beri biru mengandungi antosinin iaitu zat anti-oksidan yang mampu menghentikan penularan sel kanser. Tambahan lagi, antosinin juga berkesan dalam menyihatkan kulit agar melambatkan sistem penuaan.

Teh Hijau

Teh hijau terkenal sebagai minuman anti-oksidan yang terbaik di kalangan masyarakat Jepun. Teh hijau mengandungi polifenol dan katekin iaitu sebatian anti-oksidan yang berkesan dalam menyahkan radikal bebas pada tubuh. berfungsi dalam memberikan kulit lebih sihat dan bermaya.

Raspberi

Sama seperti buah beri biru. Ia juga kaya dengan agen anti-oksidan yang tinggi dengan mampu menyahkan radikal bebas dan melambatkan proses penuaan kulit. Ia juga mampu memperbaiki sel kulit yang rosak serta memberikan kelembapan kulit agar kulit kekal lembut dan anjal.

Sumber: www.eh.com.my/artikel/kecantikan/sumber-makanan-anti-oksidan-baik-untuk-kulitMemo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.