Makanan Terbaik untuk Tulang anda

Posted on June 16, 2015 · Posted in Pengetahuan am

Susu menjadi minuman kegemaran ramai kerana selain khasiat protein dan lemak sihat yang ditawarkan, ia juga kaya dengan kandungan kalsium yang mampu melindungi tulang daripada gejala osteoporosis. Namun, ada juga diantara kita yang tidak boleh mengamalkan minum susu, mungkin kerana alergik dengan kandungannya.

Jangan risau, selain susu, ada juga makanan lain yang memberikan sumber kalsium yang bagus untuk tulang. Antaranya adalah seperti berikut:

1) Sawi

Sawi hijau yang mudah didapati ini kaya dengan kandungan kalsium. Gantikan susu dengan memakan sawi hijau bagi menjaga tulang anda.

2) Salmon

Ikan salmon sememangnya ikan yang mahal dan tidak mudah untuk didapati di pasar-pasar biasa, tetapi ia boleh menggantikan susu yang memberi sumber kalsium. Ikan salmon boleh dimakan mentah seperti pada sajian sushi atau dimasak dengan cara panggang mengikut citarasa anda.

3) Oren

Selain kaya dengan vitamin C, buah oren ternyata menyimpan kalsium yang boleh menjauhkan diri anda daripada osteoporosis. Buah oren ternyata boleh meningkatkan sistem pertahanan tubuh dari penyakit dan menjaga sel tubuh, serta kulit menjadi awet muda kerana antioksidannya.

4) Sardin

Ikan sardin bukan sahaja enak dimakan, ia juga mengandungi banyak kalsium. Namun begitu, anda tidak disarankan untuk mengambil ikan sardin secara berlebihan dalam diet anda, kerana ia mengandungi pengawet dan garam yang boleh meningkatkan tekanan darah.

Sumber : http://www.wanista.comMemo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.