Jika kamu minum jus oren setiap kali kamu mula selsema, kamu mungkin melakukan perkara yang betul. Kajian menunjukkan walaupun pengambilan vitamin C tidak menghalang dari terkena selsema, ia mampu memendekkan jangka masa kamu sakit dan mengelakkan ia menjadi lebih teruk. Walau bagaimanapun vitamin Cdari oren tidaklah sekuat dengan pengambilan pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan yang lain. Jom lihat makanan yang tinggi vitamin C selain buah oren.
Capsicum – mengandungi lebih banyak vitamin C berbanding oren. Ia juga bertindak membantu melegakan sakit sendi dan merupakan sumber fiber yang bagus.
Kale – bukan sahaja mengandungi lebih 2 kali dari pengambilan Vitamin A anda, ia juga mengandungi 7 kali lebih Vitamin K dan banyak Vitamin C.
Brokoli – sayuran yang seringkali tidak digemari oleh kanak-kanak ini mengandungi banyak vitamin C dan penuh dengan fiber. Selain itu, ia juga dipercayai mampu menghalang kanser dari berlaku.
Betik – kajian menunjukkan betik dapat membantu menghilangkan sinus, mencerahkan kulit dan menguatkan tulang. 1 cawan betik juga memberikan 88.3mg vitamin C.
Strawberi - 1 cawan buah ini mengandungi 84.7mg vitamin C, folate dan pelbagai bahan yang dapat memastikan kesihatan pada jantung. Satu lagi kelebihan yang tidak dijangka adalah Strawberi dapat memutihkan gigi anda secara semulajadi.
Bunga Kobis – samada kamu memanggang, mengukus atau melakukan apa sahaja, bunga kobis memberikan 127.7mg vitamin C, 5 gram fiber dan 5gram protin.
Nenas – selain dari kaya dengan vitamin C, nenas mengandungi bromelain, enzim yang bagus untuk mengurangkan kembung perut dan memudahkan proses pemecahan makanan di perut. Ia juga membantu anda sembuh dengan lebih cepat selepas bersenam dengan kuat.
Kiwi dan Mangga – kedua-dua buah ini juga terkenal dengan vitamin C yang banyak.




