Masalah ADHD – Sindrom Kurang Daya Tumpuan Dan Hiperaktif

Posted on November 2, 2012 · Posted in Uncategorized

Pernahkan anda melihat seorang kanak-kanak mahupun bayi yang terlalu aktif? Sehinggakan dia tidak boleh untuk duduk diam dalam jangka masa yang lama? Masalah ini sebenarnya bukan berpunca daripada ibu bapa yang tidak pandai mengawal tingkah laku anak mereka tetapi ianya adalah disebabkan oleh masalah ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder atau juga dikenali sebagai Sindrom Kurang Daya Tumpuan Dan Hiperaktif). Jika anda rasa anak anda menghadapi masalah ADHD, terdapat beberapa cara boleh digunakan untuk mengenalpasti masalah ini.

Pertamanya, sebelum anda membuat sebarang kesimpulan, minta pendapat kawan-kawan, saudara-mara dan keluarga terdekat terlebih dahulu sebelum mengatakan bahawa anak-anak menghidapi masalah ADHD. Ibu bapa yang baik seharusnya menjalankan beberapa ujian ringkas untuk melihat reaksi anak mereka.Dalam kebanyakan kes, kanak-kanak akan mudah terganggu dan hilang fokus serta menjadi terlalu aktif. Jika anak anda berterusan menunjukkan simptom-simptom masalah ADHD, bawa anak anda berjumpa doktor pakar untuk tindakan selanjutnya.

Menjaga kanak-kanak ADHD sememangnya sangat mencabar dan menguji kesabaran kita. Walaubagaimanapun, setiap ibu bapa perlulah faham bahawa mereka perlu sentiasa berada disisi anak-anak mereka kerana kanak-kanak ADHD memerlukan sokongan yang berterusan daripada orang di sekeliling mereka. Kanak-kanak ADHD sentiasa menghadapi tekanan terutamanya daripada rakan sebaya sama ada semasa berada di sekolah mahupun semasa bermain di taman permainan. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menerangkan kepada anak mereka akan apa itu ADHD dan mengapa kanak-kanak tersebut boleh menghidapinya. Kedua-dua ibu bapa dan  kanak-kanak ADHD ini perlulah memahami apa itu ADHD dan jika perlu sertailah sesi kaunseling bersama.

Kanak-kanak yang menghadapi masalah ADHD bukanlah bodoh mahupun menghadapi masalah pembelajaran. Kanak-kanak ADHD hanyalah menghadapi gangguan tingkah laku. Oleh itu, ibu bapa yang baik perlulah memberi perhatian istimewa kepada kanak-kanak seperti ini. Tindakan seperti memarahi dan menengking kanak-kanak ADHD bukanlah satu tindakan yang bijak. Tindakan seperti ini hanya akan menimbulkan rasa takut dalam diri mereka sekaligus akan menjarakkan lagi jurang antara ibu bapa dengan kanak-kanak tersebut. Hal ini memberikan kesan yang buruk kepada diri kanak-kanak tersebut.

Ibu bapa dan anak-anak perlulah sama-sama menghadapi masalah ADHD ini bersama. Kanak-kanak ADHD digalakkan untuk melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti seperti tarian, muzik dan sukan. Kanak-kanak ADHD tidak boleh berdiam diri dalam satu jangka masa yang panjang. Oleh itu, cuba rancang pelbagai aktiviti yang berfaedah dan menarik perhatian anak anda supaya dia tidak berasa bosan dan tertekan. Selain itu, ibu bapa dan kanak-kanak ADHD juga boleh menyertai kelas Yoga yang mana boleh menenangkan minda dan badan.

Kanak-kanak ADHD bukan sahaja perlu diberi kaunseling di rumah, tetapi juga di sekolah. Ibu bapa perlu memaklumkan hal ini kepada pihak sekolah supaya pihak sekolah boleh mengambil langkah sewajarnya bagi sama-sama membantu anak anda. Guru juga perlu memainkan peranan dalam mendidik kanak-kanak ADHD kerana didikan ibu bapa di rumah ternyata tidak mencukupi kerana sebahagian besar masa kanak-kanak kini dihabiskan di sekolah. Dalam pada itu, yakinkan anak anda bahawa masalah ini turut dihadapi oleh pelbagai lapisan masyarakat termasuklah personaliti yang terkenal. Pendek kata, ibu bapa dan anak perlu berganding bahu untuk menghadapi masalah ini perlulah sama-sama saling menyokong dan bekerjasama.

Kajian menunjukkan bahawa keputusan peperiksaan kanak-kanak ADHD kebanyakannya kurang memberangsangkan. Oleh  yang demikian, mereka cenderung untuk merasa rendah diri dan terasing daripada rakan-rakan yang lain. Dalam hal ini, ibu bapa perlulah memainkan peranan dengan bantu anak anda untuk membina keyakinan diri. Cuba galakkan anda anda untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang diminatinya berbanding memaksanya untuk belajar sesuatu yang tidak disukainya. Kenal pasti kecenderungan minat anak anda. Setiap ibu bapa pasti mempunyai impian untuk melihat anak anak berjaya. Namun jika impian tersebut tidak kesampaian, janganlah berputus asa kerana anak anda sangat memerlukan sokongan anda.Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.