Membantu Anak yang Lemah untuk Berjaya

Posted on April 27, 2014 · Posted in Kemahiran Keibubapaan

Adakah anak-anak anda mendapat gred yang rendah dalam pelajaran mereka ?
Jangan risau !!
Anda boleh membantu mereka dengan melakukan 6 perkara di bawah.

1. Jangan lekatkan label negative pada anak anda 

Jangan labelkan anak-anak anda dengan gelaran yang menjatuhkan seperti “Tak berguna”, “Bodoh”, “Pemalas”, atau lain-lain nama negative. Ingat, kata-kata anda boleh menjadi satu doa.

2. Kenal pasti  masalah yang di hadapi  oleh anak anda 

Untuk mencari punca masalah, perhatikan anak-anak anda dengan teliti dan berbual dengan mereka tentang keadaan mereka di sekolah. Di sini terdapat beberapa masalah yang biasa anak-anak hadapi:
•    Masalah dengan guru dan pergaulan dengan rakan sedarjah
•    Letih dan terlampau banyak aktiviti luar
•    Tidak cekap dalam sesetengah pelajran tetapi malu bertanya dengan guru atau rakan. Cth: Matematik
•    Mengelak dari membuat kerja rumah sehingga saat terakhir
•    Masalah dengan mata atau pendengaran
•    Malas pergi ke sekolah , degil atau murung

Apabila anda telah mengenalpasti masalah anak-anak anda, ia akan menjadi mudah untuk anda mencari jalan penyelesaiannya dan membantu mereka berjaya dalam pelajaran.

3.Naikkan keyakinan diri anak anda 

Puji mereka. Carilah cara yang mereka biasa belajar atau kemahiran mereka dan berbuallah mengenainya.
Walau bagaimana buruk pencapaian mereka sekarang, tentu ada topik atau kemahiran dalam pelajaran yang mereka cemerlang.
Umpamanya: anak lelaki anda mungkin bagus dalam mengeja, atau membaca atau melukis. Perhatikan dan pujilah anak-anak anda tentang kemahiran mereka itu.
Juga, carilah pencapaian cemerlang yang bersangkutan dengan pelajaran anak anda itu pada masa dulu dan bincangkanlah.

Misalnya: mungkin anak lelaki anda mendapat markah yang tinggi untuk mata pelajaran sains. Bincangkan kejayaan bagi pelajarannya yang dahulu. Ingatkan dia tentang kejayaan itu walau bagaimana kecil sekali pun.
Ini akan mengalih fokus minda mereka tentang mata pelajaran yang mereka mahir, dan tentang kejayaan pelajaran mereka. Mereka akan sedar yang mereka ada kebolehan untuk belajar dan kuasa untuk menang.

Beritahu anak-anak anda, “jika awak boleh belajar satu perkara, awak juga boleh belajar perkara yang lain. Jika awak boleh mencapai kejayaan sekali, awak tentu boleh berjaya sekali lagi. Kata-kata ini dari anda pasti merangsang anak-anak anda.

4.Berbincanglah dengan guru anak anda 

Jumpalah guru anak-anak anda dan berbincanglah tentang pencapaian pelajaran anak-anak anda dengan mereka. Tanyalah apa yang silap dengan anak anda, dan apa yang anda boleh lakukan untuk membantu mereka. Nasihat dan cadangan dari guru-guru amat penting dan dapat membantu anda.

5.Bantulah anak anda untuk memasang matlamat yang boleh dicapai

Umpamanya, jika anak perempuan anda telah mencapai gred C dalam ujian matematik, dia boleh memasang matlamat untuk mendapat gred B dalam ujian yang akan datang.
Apabila anak-anak ada matlamat yang jelas di dalam minda, mereka selalunya berusaha untuk belajar bersungguh-sungguh. Jadi rangsanglah mereka untuk memasang matlamat yang kecil dan berpatutan untuk pelajaran mereka

6.Bantulah anak anda tetap sihat

Galakkan anak anda untuk bersenam dan beriadah . Senaman membantu peredaran darah, pencernaan dan memberi oksigen kepada otak. Ini akan membantu pembelajaran dan ingatan dengan baik.Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.