Memo Plus Gold Pemangkin Kejayaan – Aiman Ikon Pendidikan Khas

Posted on February 27, 2013 · Posted in Testimoni
Khairul Aiman Bin Hashim

Khairul Aiman Bin Hashim

Mempunyai anak istimewa sememangnya memberi tekanan yang hebat dari segi fizikal, emosi dan mental kepada ibu bapa. Bagitu juga dengan saya apabila anak ketiga saya bernama Khairul Aiman Bin Hashim yang disahkan menghidap Sindrom Autisme, satu sindrom di mana anak tidak boleh bertutur, tidak boleh berinteraksi dan tidak boleh memberi tumpuan serta hidup seolah-olah dalam dunianya sendiri ketika berumur lewat enam ( 6 ) tahun.

Bukan mudah menghadapi kejutan ini, tetapi saya perlu tabah serta redha menerima hakikat bahawa saya dikurniakan seorang anak istimewa dan tidak semua orang dikurniakan anak istimewa oleh Allah S.W.T..

Memandangkan anak-anak istimewa kategori Autisme mempunyai masalah pertuturan, saya telah menghantar Aiman menjalani terapi pertuturan menggunakan kaedah berkomputer ‘Doctor Speech’ sekali seminggu selama setahun di Pusat Perubatan KPJ Selangor (dulu Selangor Medical Center). Dalam sesi tersebut saya diberi tunjuk ajar cara-cara untuk membantu Aiman membuat latihan pertuturan di rumah. Alhamdulillah selepas setahun Aiman dapat bertutur dengan lancar seperti kanak-kanak lain.

Oleh kerana Aiman telah disahkan mengidap Autisme, dia memulakan persekolahannya di Kelas Pendidikan Khas di Sekolah Kebangsaan Seksyen 20 Shah Alam, Selangor bersama murid – murid istimewa yang lain. Selepas lima tahun di Kelas Pendidikan Khas,berkat kesungguhan dan kegigihan serta komitmen yang tinggi guru-guru Pendidikan Khas mengajar dan mendidik murid – murid Istimewa ini, Aiman telah berjaya melepasi tahap pembelajaran tertinggi Pendidikan Khas serta diberi peluang untuk belajar dalam aliran perdana melalui Program Inklusif bermula di tahun 4 pada umur 11 tahun. Aiman mampu mengikuti pembelajarannya serta dapat menyesuaikan dengan persekitaran, guru – guru dan rakan-rakan barunya. Malah di tahun 6, Aiman di anugerahkan Tokoh PKBP 2005 kerana pencapaian cemerlangnya dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Aiman Mahasiswa UiTM Pulau Pinang1

Pesakit Autisme pertama ke UiTM

Kecemerlangan akademik Aiman bermula apabila dia berjaya mendapat 5A Peringkat Kebangsaan UPSR 2005. Paling membanggakan, Aiman merupakan pelajar istimewa kategori Austisme pertama Malaysia yang berjaya LULUS UPSR dengan keputusan cemerlang dan menerima Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR 2005 dari Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kerajaan Negeri Selangor. Kecemerlangan ini berterusan apabila Aiman terpilih dalam Program Rintis Penempatan Pelajar Istimewa di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kementerian Pelajaran Malaysia dimana Aiman ditawarkan belajar di Sekolah Menengah Sains Selangor di Cheras, Kuala Lumpur dalam Tingkatan 1. Aiman membuktikan kemampuannya belajar bersama dengan rakan-rakannya yang normal dengan mendapat 8A dalam PMR 2008 sekaligus melakar sejarah menjadi pelajar Autisme pertama yang belajar di Sekolah Berasrama Penuh dan lulus dengan cemerlang dalam PMR. Selain kejayaan akedemik, Aiman juga aktif dalam bidang sukan. Aiman pernah mewakili Sekolah, Daerah dan Negeri serta Kebangsaan dalam acara lontar peluru, baling cakera dan lontar lembing. Dia juga mewakili sukan Rugbi di Peringkat Zon, Negeri dan Kebangsaan. Aiman telah dinobatkan sebagai Olahragawan sekolahnya pada tahun 2009.

Aiman menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2010 sebagai calon istimewa di dalam bilik peperiksaan yang berasingan dari kawan-kawannya kerana sebagai calon istimewa Aiman mendapat masa tambahan bagi sesetengah mata pelajaran.

Keputusan SPM Aiman yang mendapat 1A+ ( Sejarah ), 3A ( BM, Pend.Islam, Matematik ), 2B ( Add. Maths, Biology ) 3C+ ( B.I, Physics, Chemistry ) amat membanggakan bagi seorang pelajar Autisme serta melayakkan Aiman melanjutkan pengajiannya ke UiTM P.Pinang dalam bidang Diploma Kesihatan Persekitaran pada tahun 2011 dan sekarang Aiman berada di semester 4 pengajiannya.

SLip Sebelum PGNK 2.37 (27 April 2012)

SLip Sebelum PGNK 2.37 (27 April 2012)

Aiman mencapai PGNK 2.98 dalam peperiksaan akhir Semester 1. Kesibukannya dalam bidang kokurikulum sedikit sebanyak menjejaskan prestasi akademiknya yang menurun ke PGNK 2.37 dalam peperiksaan akhir Semester 2. Sebagai seorang bapa saya mula merasa bimbang dan mula mencari produk supplemen yang dapat membantu meningkatkan daya ingatan dan prestasi akademiknya.

Alhamdulillah, pada akhir Februari 2012 saya terdengar rancangan yang disiarkan di Radio Selangor, membicarakan produk jenama MEMO PLUS GOLD yang dikatakan terbukti secara klinikal dapat mempertingkatkan daya ingatan dan retensi ke tahap optimum. Saya terus menghubungi Syarikat Oze Marketing Sdn Bhd bertanyakan tentang produk ini. Hasil penjelasan tentang kehebatan produk ini membuka hati saya mencuba untuk Aiman dan anak – anak yang lain.

Slip Selepas PGNK 3.05 (08 Nov 2012)

Slip Selepas PGNK 3.05 (08 Nov 2012)

Untuk mengatasi kelemahannya saya menasihati Aiman mengambil MEMO PLUS GOLD mengikut arahan yang ditetapkan. Memang menakjubkan, selepas pengambilan berterusan selama tiga bulan, Aiman mengatakan dia merasakan kelainan pada dirinya. Aiman dapat menumpukan pelajarannya dalam kuliah dengan lebih fokus, bersemangat dan tidak merasa letih dan lesu. Kesan pengambilan MEMO PLUS GOLD secara berterusan, Aiman telah berjaya mencapai PGNK 3.05 dalam peperiksaan akhir Semester 3 / 2012. Keputusan itu membuat saya rasa lega dan diwaktu yang sama bangga. Kecemerlangan Aiman juga turut dikongsi oleh Pegawai- Pegawai Unit Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran Negeri Selangor dan Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia serta bekas guru-guru sekolah di SK Seksyen 20 Shah Alam ( PKBP dan Aliran Perdana), Sek.Men.Seksyen 9 Shah Alam( PKBP dan Aliran Perdana ) dan Sek.Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur. Tidak keterlaluan jika Aiman dianggap sebagai IKON PENDIDIKAN KHAS.

Sekarang saya pastikan semua ahli keluarga saya mengamalkan pengambilan MEMO PLUS GOLD secara berterusan kerana keberkesanan yang sudah terbukti dan manfaat yang boleh dinikmati oleh setiap golongan tanpa mengira peringkat umur, bangsa dan agama. Saya juga mengambil kesempatan ini menyeru semua ibu bapa agar mencuba produk ini secara berterusan untuk mendapat keberkesanan yang optimum dalam membantu kecemerlangan anak- anak mereka. Semoga kejayaan Aiman menjadi pembakar semangat dan motivasi kepada semua para pelajar serta ibu bapa.
Terima kasih, MEMO PLUS GOLD!!!

Oleh :
Hashim Samsuddin
Bapa Anak Istimewa.
Shah Alam. Selangor

Pembelian Memo Plus Gold atas Talian Internet, Klik Dan Pesan Sekarang!

Sila Pilih Destinasi Penghantaran, Semananjung Atau Timur Malaysia dibawah.


Pilih Semananjung Atau Timur Malaysia:
NO. Telepon Anda



Penggunaan efektif

Dos: Bagi dewasa, satu kapsul dua kali sehari selepas makan dan bagi kanak-kanak (7 hingga 12 tahun) satu kapsul sehari selepas sarapan. Pengguna disarankan supaya terus mengambil MEMO PLUS GOLD sekurang-kurangnya 3 bulan untuk mendapatkan kesan yang ketara, selepas tempoh itu pengguna boleh mengambil satu kapsul sehari jika mahu.

Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.