Cara Menerapkan Adab Sopan dengan Mudah dalam Diri Anak-anak

Posted on January 28, 2013 · Posted in Kemahiran Keibubapaan

Adab sopan merupakan aspek yang sangat penting dalam kehidupan kita. Dalam usaha untuk mendidik anak-anak, ibu bapa perlu menitikberatkan nilai-nilai kesopanan supaya anak-anak anda dapat menjaga diri dan berkelakuan baik di khalayak ramai. Cara terbaik untuk mendidik anak supaya sopan dan beradab ialah dengan menunjukkan contoh yang baik kepada mereka. Bapa borek, anak rintik. Berhati-hati dalam mengeluarkan tutur kata dan bertingkah laku di hadapan anak-anak supaya mereka dapat meneladani sikap anda yang positif.

Menerapkan Adab Sopan

 

Tips-tips di bawah mungkin boleh membantu anda.

1. Ibu bapa kebiasaannya mudah untuk hilang kawalan jika anak-anak mereka melakukan perkara yang tidak mereka sukai. Hal ini tidak sepatutunya berlaku kerana ianya boleh memberi kesan yang negatif kepada diri anak anda. Kadang kala kanak-kanak dengan sengaja mencabar kesabaran ibu bapa dengan melakukan perkara yang dilarang. Sebagagai contoh, anda menasihati anak anda supaya membasuh tangan sebelum makan. Namun apa anak anda sering mengabaikan nasihat anda. Jadi, apa yang perlu anda lakukan ialah kenakan denda yang ringan tetapi dapat memberikan pengajaran kepadanya. Misalnya mendenda anak anda untuk membasuh semua pinggan mangkuk selepas selesai makan. Oleh itu, anak anda akan belajar daripada kesilapannya kerana tidak mahu didenda.

2. Terapkan dalam diri anak anda dengan kata-kata ucapan yang baik seperti “terima kasih” supaya anak anda akan terbiasa sebegitu. Sebagai ibu bapa, gunakan perkataan-perkataan yang menyenangkan semasa berinteraksi dengan anak-anak anda dalam kehidupan seharian. Sudah pasti anak anda akan mencontohi apa yang diperkatakan dan diperlakukan oleh anda.

3. Sabar. Itulah perkataan yang perlu ada dalam diri setiap ibu bapa. Sabar adalah kunci yang membolehkan anak anda mengikut setiap nasihat anda. Elakkan memarahi dan menengking anak anda terutamanya semasa berada dalam keramaian kerana ianya hanya akan memalukan anak anda. Jangan terlalu membebankan anak anda dengan pelbagai nasihat dan pantang larang yang perlu dipatuhi kerana adalah sukar untuknya mengingat semua perkara dalam satu masa. Jadi, bersabarlah. Janganlah memarahi dan menghukum anak anda terburu-buru. Nasihatilah dia dengan berhemah. Nescaya anak anda akan mendengar dan mematuhi nasihat anda atas dasar hormat dan sayang, bukannya takut semata-mata.

4. Panggillah anak anda dengan nama, bukannya panggilan yang tidak sesuai seperti “bodoh” atau “tidak berguna” kerana berkemungkinan tinggi anak anda akan lebih keras kepala. Seperti yang diperkatakan sebelum ini, mendidik anak menuntut tahap kesabaran yang sangat tinggi. Ibu bapa perlulah faham bahawa anak-anak anda masih lagi belajar untuk mengenali dunia, bukannya sudah matang seperti anda. Jadi, elakkan dari memanggil anak anda dengan panggilan yang tidak sepatutnya kerana ianya hanya akan meninggalkan dendam dalam diri mereka. Tidak mustahil suatu hari nanti mereka juga akan melakukan perkara yang sama kepada anak mereka kelak. Kanak-kanak mempunyai jiwa yang sangat sensitive. Sabar dan jaga tutur kata anda di hadapan mereka.

5. Sesekali cuba untuk bertenang dan jangan ambil kisah jika anak anda tidak mengikut nasihat anda. Misalnya jika tiada tetamu di rumah, biarkan anak anda makan sesuka hati mereka tanpa terlalu menjaga adab. Comot ketika makan merupakan antara proses untuk mereka belajar menjadi lebih bersih dan tertib. Walaupun sepatutnya ibu bapa perlu bertegas dalam hal sebegini, tidak salah sekiranya sekali sekali anda bersikap lembut.

Cara terbaik untuk mendidik anak ialah dengan melibatkan mereka dalam aktiviti yang anda ingin mereka kuasai. Sebagai contoh, ajak anak-anak anda untuk masak bersama kerana secara tidak langsung, mereka akan rasa dihargai dan diperlukan. Selain itu, aktiviti seperti ini dapat merapatkan lagi hubungan kekeluargaan.

Oleh itu, elakkan dari mendenda dan menghukum anak anda jika mereka melakukan kesalahan. Cuba gunakan cara psikologi yang lebih lembut. Tugas mendidik anak sememangnya menguji kesabaran ibu bapa, tetapi ingatlah bahawa mereka hanyalah anak-anak kecil yang tidak berdosa.Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.