Tips Asuhan Menetapkan Batasan Berkesan Kepada Anak Anda

Posted on January 16, 2013 · Posted in Kemahiran Keibubapaan

Perkara penting yang perlu ibu bapa bangunkan dalam kemahiran mendidik ialah menetapkan batasan berkesan. Sememangnya mudah untuk menetapkan batasan dan mengawal mereka melalui cara ‘autokrasi’- dimana kanak-kanak patuh kerana takut didenda tetapi ia mudah juga untuk berubah kepada terlalu permisif. Namun apa yang lebih sukar adalah utuk menetapkan batasan berkesan supaya anak-anak mematuhi kerana memahaminya.

Pertamanya: batasan penting kepada anak-anak kerana dapat membantu meletakkan mereka dalam keadaan selamat, sihat dan mampu berinteraksi dengan masyarakat di sekitar mereka.

Batasan–batasan Berkesan Kepada Anak Anda
Namun, ibu bapa perlu sedar bahawa batasan yang ditetapkan itu bukan merujuk kepada mereka, tetapi kepada anak-anak. Objektif utama ibu bapa dalam menetapkan batasan ialah kanak-kanak perlu belajar untuk menentukan batasan diri sendiri. Dalam erti kata lain, batasan yang ditetapkan oleh ibu bapa bertujuan untuk melatih anak-anak membina disiplin diri dan kawalan diri. Objektif tidak perlu dipengaruhi oleh kuasa yang ingin dikenakan kepada anak-anak.

Walaupun hidup bersama batasan boleh mendatangkan kesan tidak menyenangkan, namun anak-anak berpeluang belajar untuk berhadapan dengan kesan tersebut. Jika sedih kerana perlu patuh kepada batasan yang ditetapkan, mereka akan belajar untuk menghadapi kesedihan tersebut. Ia menyediakan mereka kepada kehidupan bermasyarakat serta melatih untuk mengendalikan emosi negatif dalam proses perkembangan emosi mereka.
Berikut merupakan beberapa tips yang boleh membantu anda untuk mengambil jalan tengah di antara dua gaya asuhan.

Bagaimana Memilih Jalan Tengah?

Berdasarkan kajian, kanak-kanak menjadi sempurna apabila mereka berhadapan dengan batasan-batasan yang ditetapkan atas dasar empati. Walaupun batasan mempunyai konotasi negatif, namun dapat diterima oleh anak-anak jika ianya diiringi dengan empati. Jadi mereka tidak akan terlalu menentang hal ini. Di sini disertakan beberapa tips untuk menetapkan batasan bersama-sama empati.

1. Tunjukkan kepada anak-anak bahawa anda sentiasa disisinya. Sebelum menetapkan limit, biarkan mereka tahu bahawa ibu bapa cuma mahukan yang terbaik bagi anak-anaknya.

2. Jadi pendengar kepada anak-anak. Sebelum menetapkan batasan, biarkan mereka tahu yang anda memahami jiwa mereka. Oleh itu, anda perlu mendengar pandangan mereka terlebih dahulu. Berikan empati yang telus terhadap apa yang mereka rasakan. Kadangkala, masalah kecil pun menjadi isu yang besar kepada anak-anak anda.

3. Tetapkan batasan yang perlu sahaja. Salah satu sebab ibu bapa bersifat ‘autokrasi’ adalah apabila menetapkan batasan yang disukai oleh mereka. Cuba tetapkan batasan yang perlu dan dilandaskan dengan sebab yang bermanfaat sahaja. Jika idak, anda mungkin akan menyekat anak-anak sehingga tidak dapat merasai dan menikmati perkara-perkara yang normal bagi mereka.

4. Luangkan masa untuk membina ikatan yang baik dengan anak-anak. Berehat daripada dunia pekerjaan dan luangkan masa bersama anak-anak dalam persekitaran yang bebas dan menyeronokkan. Memelihara hubungan baik antara ibu bapa dan anak-anak memudahkan bagi menetapkan batasan bersama-sama empati. Ikatan yang baik dengan anak membuatkan mereka lebih memahami dan mudah untuk menerima hakikat ‘anda mahukan yang terbaik’ kerana itu batasan ditetapkan. Tanpa hubungan baik ini, anak-anak gagal memahami empati dan menganggap anda cuba mengawal mereka melalui batasan-batasan tersebut.

Bagaimana Untuk Memilih Batasan yang Perlu Ditetapkan

Jadi, batasan manakah yang perlu dipilih? Hanya satu jawapan bagi persoalan ini: selamat. Batasan yang dapat memastikan anak-anak selamat adalah batasan yang perlu menjadi pilihan anda. Sebagai ibu bapa, peraturan boleh berubah mengikut persekitaran tetapi batasan yang memfokuskan kepada keselamatan sentiasa tetap dan tidak akan berubah.
Penetapan batasan hanya boleh berubah mengikut had umur. Semakin membesar kanak-kanak, tahap keselamatan mereka turut berubah. Contohnya, ibu bapa akan sentiasa melarang anak kecil daripada memanjat tangga tetapi apabila mereka sudah besar anda tidak perlu lagi melakukan perkara yang sama. Selain itu, ibu bapa juga perlu menyesuaikan batasan ini mengikut jadual perkembangan berdasarkan umur anak-anak. Keadaan ini bukan sahaja menjamin keselamatan mereka tetapi membolehkan mereka untuk mempelajari perkara-perkara penting pada setiap peringkat umur.Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.