Terdapat pelbagai laman web dan buku yang memberikan maklumat bagaimana untuk belajar dengan baik bagi menghadapi peperiksaan namun keputusannya masih membingungkan. Anda perlu faham bahawa proses pembelajaran bukan sekadar mengerah otak dan kemudian menunggu keputusan namun ianya adalah tentang seni di dalam diri kita yang mana memerlukan kita untuk belajar secara bijak, bukannya sekadar belajar bersungguh-sungguh. Untuk belajar dengan bijak, kita perlu mengambil kira beberapa perkara seperti :
-
Anda perlu mengambil nota yang baik. Kebanyakan daripada kita tidak menyedari kepentingan mengambil nota dengan baik dan majoriti daripada kita akan meninggalkan sekolah menengah tanpa mempunyai kemahiran yang penting ini. Mencatat nota dengan baik tidak bermaksud anda perlu mencatat setiap patah perkataan yang keluar dari mulut pensyarah anda, sebaliknya cuba kenal pasti isi-isi penting yang disampaikannya. Sekiranya anda boleh mencatat nota dengan baik, pasti anda akan mempunyai bahan bacaan yang berkualiti semasa anda mengulangkaji nanti.
-
Kebanyakan tips-tips mengulangkaji pelajaran menggalakan para pelajar untuk terlibat secara aktif dalam setiap aktiviti dalam bilik darjah kerana pelajar pasif sukar u ntuk mengingat apa yang dibaca sebaliknya pelajar yang aktif akan cenderung untuk mengingat apa yang dilakukan di dalam bilik darjah sebelum ini.Terlibatlah secara aktif di dalam kelas dengan mengemukakan soalan bagi membolehkan pensyarah anda merungkai segala kemusykilan yang anda hadapi. Anda juga perlu menumpukan perhatian kepada soalan yang diajukan oleh pelajar lain. Subjek seperti Matematik misalnya memerlukan penglibatan yang menyeluruh daripada para pelajar.
-
Semak semula apa yang telah anda pelajari pada hari tersebut. Oleh itu, anda boleh mengingat kembali apa yang dipelajari dan dapat menghafalnya dengan mudah. Ketika minda anda masih segar, cubalah menyemak semula segala maklumat selama kira-kira 10 minit pada waktu malam tetapi pastikan anda tidak mengantuk pada ketika itu.
-
Sekiranya anda menggunakan buku teks, pastikan anda membaca keseluruhan topic secara sepintas lalu bagi mendapatkan gambaran awal mengenai topik yang bakal dipelajari. Pastikan anda mengulangkaji mengikut urutan bagi memahami tajuk tersebut sepenuhnya. Selepas itu, bolehlah anda menjawab soalan latihan di akhir bab berkenaan bagi menguji tahap kefahaman anda.
Terdapat beberapa tips tentang bagaimana untuk mengulangkaji dengan baik yang boleh anda ikuti seperti :
-
Kenal pasti maklumat yang penting supaya anda dapat memberikan tumpuan yang lebih terhadapnya berbanding maklumat yang kurang penting.
-
Elakkan daripada mengulangkaji pelajaran pada saat-saat akhir. Buat persiapan awal sekurang-kurangnya beberapa minggu sebelum hari peperiksaan supaya anda hanya perlu membaca sepintas lalu sahaja pada malam sebelum hari peperiksaan tersebut.
-
Pastikan anda mencatat nota yang penting terlebih dahulu dan pastikan anda benar-benar memahami isi pelajaran tersebut supaya anda dapat menghafalnya dengan mudah.
-
Anda perlu memahami konsep umum terlebih dahulu sebelum membaca perincian maklumatnya kerana memahami asas sesuatu topik merupakan antara cara belajar yang berkesan.
-
Jarakkan waktu belajar anda kerana belajar sedikit demi sedikit membolehkan anda memahami sepenuhnya isi pembelajaran tersebut. Ini juga penting supaya and adapt mengingatnya untuk satu tempoh masa yang lebih lama.
-
Jangan lupa untuk berehat seketika. Misalnya, mengulangkaji pelajaran selama 30 minit dan kemudian berehatlah selama 10 minit.
-
Yakinlah dengan setiap apa yang nada lakukan kerana keyakinan yang tinggi akan membantu anda untuk bekerja keras dan menerima apa jua keputusan kerana anda tahu anda sudah lakukan yang terbaik.
-
Jangan lupa unutk menguji pengetahuan anda dan lihat sama ada anda mampu untuk mencapai matlamat anda atau tidak.
Semua tips-tips yang diberikan di atas boleh digunakan untuk menjawab persoalan anda tentang bagaimana untuk mengulangkaji pelajaran dengan baik dan ianya telah diuji dan ternyata ianya terbukti berkesan.




