Setiap pengalaman yang di perolehi oleh seseorang ada positif dan ada negatifnya. Semua yang positif pastinya menjadi motivasi yang baik untuk meneruskan hidup . Ia menjadi motivasi yang membolehkan kita menjadi insan yang lebih baik, bekerja mencapai matlamat dan menikmati hidup kita.
Menetapkan matlamat : biasanya kita mempunyai matlamat yang ingin kita capai. Dengan itu, kita akan berusaha lebih keras bagi mencapai matlamat ini. Matlamat seperti mendapatkan Ijazah, bekerja dengan pendapatan tinggi, berkahwin dan sebagainya . Apabila kita menetapkan matlamat, perlulah kita bersabar dalam mencapainya dan sentiasa bersikap positif. Tidak bagus untuk kita merasa tertekan untuk menjadikan matlamat kita satu kejayaan secepat mungkin. Majulah selangkah demi selangkah. Dengan mempunyai matlamat, kita akan sentiasa merasa keinginan untuk berusaha walaupun pernah gagal.
Sikap : mempunyai sikap positif merupakan motivasi secara tidak lansung bagi kamu setiap hari. Dengan mempercayai kesukaran dalam mencapai matlamat kamu akan menyebabkan ianya menjadi sukar untuk dicapai. Dengan memasukkan sikap negatif di dalam kehidupan harian, kamu bakal merasa tekanan luar dan dalam. Oleh itu, katakan kepada diri kamu setiap hari bahawa kamu mampu mencapai matlamat yang kamu tetapkan. Jangan memandang rendah ke atas kuasa minda kerana motivasi setiap hari datangnya dari sikap dan bagaimana kamu melakukannya.
Keinginan untuk hidup : Motivasi harian juga datangnya dari keinginan untuk hidup. Samada kanak-kanak, kerja atau duit yang dapat membuatkan seseorang bangun setiap pagi, orang itu telah mendapat motivasi di dalam hidupnya. Walaupun perkara yang mudah seperti alam semulajadi dapat memberikan motivasi kepada seseorang untuk bersikap positif ketika masa yang sukar. Kita dapat merasa keindahan ciptaan Tuhan dan ini memberikan rasa syukur atas kehidupan. Mengikut kajian, orang yang tinggal di dalam keadaan cuaca yang panas lebih positif tentang hidup. Ini kerana mereka boleh keluar dan beriadah selalu. Riadah memberikan perasaan tenang, positif dan menjadi sumber motivasi kepada kita.



