POLA pemakanan yang mengandungi sajian daripada oat dipercayai dapat mempengaruhi kesihatan tubuh dalam jangka masa panjang.
Penyelidik di Kolej Imperial London, Britain mendapati, bijirin daripada gandum yang kaya dengan serat larut itu dikatakan dapat mengurangkan risiko menghidap kanser kolorektum.
Kajian yang diterbitkan dalam British Medical Journal mendapati responden yang memakan 90 gram oat dalam diet harian dapat mengurangkan risiko barah kolon sehingga 20 peratus berbanding pesakit yang tidak.
Selain itu, oat juga mengandungi lignan yang dapat melindungi tubuh daripada penyakit kardiovaskular.
Terdahulu, kajian sebelum ini mendapati kandungan serat larut dalam oat dapat menurunkan kandungan kolesterol dalam tubuh dengan membantu mengurangkan penyerapan kolesterol jahat yang menjadi antara punca penyakit jantung dan strok.
Sumber : Kosmo