Panduan Pembelajaran – Adakah ianya Berguna ?

Posted on February 16, 2014 · Posted in Teknik Membelajar Efektif

Adakah kamu pernah membeli panduan pembelajaran yang menjanjikan “rahsia pembelajaran” yang tidak pernah di dengari oleh sesiapa? Dalam kebanyakkan kes, janji yang di berikan adalah kosong semata dan tidak lansung membantu. Oleh itu kamu perlu membaca artikel ini sebagai panduan bagaimana untuk mengenal pasti teknik yang betul yang mampu membantu kamu menuju kecemerlangan.

Terlebih dahulu biar saya tekankan bahawa tiada jalan pintas kepada rahsia untuk menambah pengetahuan kamu. Ia memerlukan kerja keras dan kesabaran. Walaupun tiada ataupun mungkin hanya sedikit rahsia yang ada untuk teknik pembelajaran, tiada teknik yang mampu membuat pembelajaran lebih mudah di samping berkesan. Seperti yang kamu tahu, terdapat banyak cara untuk belajar dan kamu haruslah memilih teknik yang sesuai supaya ianya memberi manfaat kepada kamu.

article 6

Tidak kira pilihan mana yang paling bagus untuk kamu belajar, jangan tukar cara ini sesuka hati. Jika kamu lebih mudah mendapat pengetahuan dengan belajar secara melihat maka teruskan. Atau kamu lebih senang menggunakan deria pendengaran, maka jangan di tukar cara ini sesuka hati kamu. Ini mungkin akan membuatkan kamu keliru atau memburukkan keputusan kamu untuk jangka masa panjang. Ingat bahawa belajar sedikit informasi setiap hari di dalam jangka masa yang panjang lebih baik dari belajar banyak perkara di dalam satu masa dengan masa yang singkat. Amatlah penting untuk tidak belajar atau mengulangkaji di saat-saat akhir kerana ia akan memberikan kamu tekanan yang kuat.

Artikel ini di tulis bukan bertujuan untuk menyenaraikan beribu-ribu teknik pembelajaran yang berlainan tetapi untuk menyedarkan kamu bahawa pembelajaran secara sistematik dapat membuat perubahan terhadap keputusan peperiksaan kamu. Oleh itu, duduk dan fikir seketika cara apa yang paling berkesan bagi kamu untuk belajar. Setelah mendapat jawapannya pastikan kamu mengikut teknik yang kamu sukai dan jangan menukar-nukarkannya sesuka hati. Dengan ini pastinya keputusan cemerlang akan dapat kamu genggami.Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.