Pendidikan Cemerlang Pencetus Kejayaan

Posted on March 1, 2014 · Posted in Teknik Membelajar Efektif

success2success2Setiap manusia memerlukan oksigen untuk bernafas. Pendidikan merupakan perkara yang penting kerana ia memberikan seseorang itu pengetahuan dan kebolehan untuk hidup. Pendidikan amat penting bagi seua peringkat umur dan ia tidak mempunyai takat akhir. Kanak-kanak memerlukan pendidikan  supaya mereka boleh belajar bercakap dan menulis. Pelajar di institute pengajian tinggi memerlukan  pengetahuan untuk mengetahui perkara yang mereka pelajari. Pengurus syarikat memerlukan pendidikan untuk meningkatkan diri mereka dalam membuat keputusan yang betul di samping mengikuti aliran semasa. Seseorang tidak boleh mengatakan mereka tidak perlu belajar kerana mereka bijak apatah lagi dalam keadaan dunia yang sentiasa berubah dan semakin maju.

Ini merupakan sebab kenapa pendidikan menjadi semakin penting dan keperluan bagi setiap orang. Sepanjang 2 dekad yang lalu, ibubapa tidak melihat pendidikan sebagai satu perkara yang penting kerana mereka percaya hanya sesetengah perkara penting untuk di pelajari. Jika ibubapa masih mempunyai mentaliti yang sama kini, anak mereka pastinya amat susah untuk bersaing dan mempunyai kehidupan yang baik. Walaupun di sekolah rendah kini pelajar bersaing dengan sengit untuk mendapatkan tempat terbaik di dalam kelas. Cuba bayangkan persaingan yang wujud bagi pelajar di institusi pengajian tinggi dan juga persaingan mendapatkan kerja yang baik.

Dengan standard pendidikan yang semakin tinggi, sesuatu organisasi pastinya mahukan seorang individu dengan tahap pendidikan yang tinggi. Jika beberapa tahun yang lepas, lepasan ijazah amat mudah memperolehi kerja sekarang tidak lagi. Ramai yang tidak berkerja. Bayangkan bagi yang hanya mempunyai sijil seperti SPM. Bagaimanakah mereka hendak mencari kerja yang baik. Pentingnya pendidikan untuk kita menikmati kehidupan yang lebih baik dengan gaji yang berpatutan. Oleh itu, pastikan kamu sebagai ibubapa memberikan pendidikan yang terbaik kepada anak-anak.

Berikan Memo Plus Gold untuk ingatan yang kuat bagi kecemerlangan dalam pendidikan.Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.