Sesetengah negara mempunyai institusi ataupun masyarakat yang mahu menghapuskan kemiskinan dan menyediakan pendidikan percuma dengan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Ianya adalah satu keperluan dimana pendidikan merupakan kunci kepada masa depan yang cerah dan dengan pendidikan ia mampu menerangi kehidupan, memberi kekuasaan dan membolehkan seseorang itu memahami sesuatu keadaan semasa serta mampu mengambil keputusan yang sewajarnya. Sudah jelas terbukti bahawa dengan adanya pengetahuan seseorang itu akan lebih berjaya.
Masyarakat perlulah mengkaji sesuatu ilmu pengetahuan yang diperoleh kerana kini terdapat banyak pengetahuan yang boleh diperolehi dengan pelbagai cara. Adanya pendidikan percuma ini ianya mampu meningkatkan bilangan celik huruf bagi sesebuah negara dan pendidikan percuma ini tidak seharusnya dilupakan.
Sering kali dilihat bahawa golongan miskin sering ketinggalan dalam pendidikan. Mereka ini biasanya tidak diberi pendedahan kepada pendidikan dalam kehidupam mereka. Hal ini kerana kehidupan mereka yang susah memaksa mereka untuk bekerja dan tidak mampu untuk ke sekolah. Golongan ini sangatlah miskin walaupun anak-anak mereka tidak ke sekolah. Oleh itu melalui pengetahuan mereka mampu melawan kemiskinan dengan bekerja. Kebanyakkannya golongan ini hanya mampu hidup untuk mengelakkan dari kelaparan dan mereka ini tidak dapat menghantar anak mereka untuk ke sekolah. Kanak-kanak yang tidak bernasib baik ini juga tidak mapu ke sekolah kerana kesusahan hidup yang memaksa mereka untuk berkerja selain kos pendidikan yang tinggi. Oleh itu, wajarlah sekiranya pendidikan percuma diketengahkan dalam kehidupan masyarakat kini. Pendidikan percuma ini akan dapat mendidik mereka untuk menjadi seorang yang berilmu.
Anak- anak dari keluarga miskin ini terpaksa bekerja seperti orang dewasa hanya untuk mencari wang bagi menyara keluarga sehinggakan ada diantara mereka yang kurang bergaul dengan masyarakat. Ada diantara mereka ini yang bekerja secara jujur namun kebanyakkan mereka memilih untuk menjadi pencuri dan melakukan jenayah kecil. Kecil-jenayah kecil boleh membawa kepada jenayah yang lebih besar dan boleh menjejaskan kehidupan dikemudian hari. Oleh itu perhatian terhadap perkara ini perlulah dipandang serius sejak dari kecil lagi dan dengan pendidikan percuma ianya dapat mengatasi masalah tersebut.
Kepadatan penduduk di sesebuah negara merupakan masalah yang sangat besar bagi kehidupan manusia. Kepadatan penduduk ini berpunca daripada kurangnya pendidikan yang sempurna. Oleh itu pendidikan seks perlulah diajar kepada generasi muda dimana mereka ini akan menjadi dewasa kelak. Negara-negara yang membangun telah mengambil langkah ini dengan memberikan pendidikan percuma kepada golongan miskin. Ianya hanya dapat dilaksanakan sekiranya mendapat sokongan dan inisiatif yang diberikan oleh pihak kerajaan serta badan-badan yang terlibat dalam memberikan pendidikan percuma kepada golongan miskin. Golongan ini biasanya tidak mempunyai kemudahan asas dan ini menyebabkan anak-anak mereka mempunyai masa depan yang gelap.
Kanak-kanak memerlukan penjagaan dan perhatian yang sempurna tidak kira di mana keluarga mereka tergolong. Perhatian khas perlu diberikan kepada kanak-kanak daripada keluarga yang mundur dari segi ekonomi. Oleh itu untuk menghapuskan kemiskinan serta meningkatkan taraf hidup masyarakat pendidikan percuma perlulah diberikan kepada golongan miskin yang mana mereka ini tidak mampu untuk mendapatkannya.
Cadangan untuk mewujudkan masyarakat yang berpengetahuan merupakan cadangan yang baik kerana ianya akan menjadi pusat bagi kanak-kanak miskin mendapatkan pelbagai kemudahan seperti peralatan sukan, kemudahan perubatan, pakaian dan alat tulis yang membantu perkembangan kanak-kanak. Institusi-institusi ini bukan hanya menyediakan pendidikan percuma tetapi juga memyediakan pendidikan yang berkualiti dan dengan adanya pendidikan yang sempurna, seseorang itu dapat mengambil peluang dan memperbaiki taraf hidup kepada yang lebih baik. Jadi dengan wujudnya sekolah- sekolah demikian anak-anak yang dating dari keluarga miskin akan dapat pendidikan secara percuma dan dengan pendidikan yang sempurna ianya dapat mendidik dan membentuk kanak-kanak agar menjadi warganegara yang berilmu serta baik tingkah laku.





