Kejayaan Anak-anak Mendorong Seorang Ibu Menjadi Usahawan yang Berjaya Sebagai Pengedar Memo Plus Gold

Posted on September 27, 2012 · Posted in Memo Plus Gold, Testimoni

Setiap ibu memasang impian dan cita-cita untuk melihat anak-anak mereka berjaya didalam apa jua bidang yang diceburi. Segalanya perlu bermula dengan memastikan anak-anak kita menerima pendidikan yang sempurna sebagai bekalan di masa hadapan.

Mengimbau kembali kehidupan saya 14 tahun dahulu, saya Hajah Parilah Sulaiman, ibu kepada 3 anak perempuan juga mempunyai impian yang serupa. Menyedari akan cabaran yang perlu dilalui demi mencapai semua itu, saya lalui setiap detik kehidupan dengan semangat membara tanpa putus asa demi memastikan anak-anak melalui proses pembelajaran yang sempurna seterusnya mencapai kecemerlangan.

Usahawan yang Berjaya Sebagai Pengedar Memo Plus Gold

Puan Hajah Parilah Sulaiman

Para ibu dan bapa pastinya ada rasa gementar dan gelisah apabila anak mereka mula menjejakkan kaki ke alam persekolahan. Seterusnya, mereka perlu melalui proses penilaian dalam bentuk peperiksaan bagi menguji tahap pencapaian mereka.

Apabila anak pertama saya perlu melalui proses penilaian peperiksaan UPSR, waktu itulah saya mula tercari-cari suatu makanan tambahan yang boleh membantu anak saya dari segi kecergasan, kecerdasan fikiran serta daya tumpuan dan ingatan. Pada suatu hari, saya telah menonton satu segmen tajaan di televisyen tentang produk Memo Plus Gold, iaitu suatu makanan tambahan untuk kesihatan dan kecerdasann minda yang begitu menarik perhatian saya .

Tanpa membuang masa, saya terus menghubungi syarikat yang mengedarkannya untuk mendapatkan produk tersebut. Saya mula memberikan kepada anak-anak saya pada setiap pagi. Setelah mengamalkannya selama 3 bulan secara berterusan, saya mendapati yang tahap pencapaian didalam peperiksaan anak saya meningkat secara mendadak dan berjaya mencatat keputusan yang memberangsangkan.

berjaya mencatat keputusan yang cemerlang

Click Atas Gambar Untuk Imej Besar

Saya semakin yakin dengan keberkesanan Memo Plus Gold apabila ketiga-tiga anak perempuan saya telah berjaya mencatat keputusan yang cemerlang didalam semua peperiksaan yang dilalui. Anak sulong saya berjaya mencapai 5A di peringkat UPSR dan anak kedua memperolehi 7A di peringkat PMR dan 10 A di peringkat SPM.

Dikalangan jiran mula bertanya-tanya , bagaimana kesemua anak saya boleh mencapai tahap keputusan cemerlang didalam semua peperiksaan diperingkat sekolah. Mereka ingin mengetahui rahsia saya di dalam mendidik anak-anak saya. Inilah saat-saat berharga yang saya nantikan di dalam kehidupan saya. Perasaan sayu dan sebak bercambur-baur dengan rasa gembira yang tak dapat diungkapkan. Bergenang juga air mata apabila mengenangkan situasi tersebut.

Keyakinan tersebut juga mendorong kami sekeluarga mengamalkan Memo Plus Gold secara berterusan agar dapat mengekalkan kecergasan berbanding sebelum ini.

Saya terus berhubung dengan syarikat Oze Marketing untuk mencari jalan bagaimana membantu orang-orang lain seperti jiran tetangga dan sahabat handai dengan memperkenalkan produk yang ajaib. Disamping itu, saya juga berpeluang untuk membina rezeki tambahan untuk seisi keluarga, Dengan keyakinan dan berfikiran positif dan kesungguhan, akhirnya saya telah berjaya menguasai pasaran dua negeri bahagian selatan iaitu Melaka dan Johor. Dan kini saya adalah stokis terbesar di Johor dan Melaka.

Untuk makluman para pembaca sekalian, dengan izin Allah swt anak pertama saya telah dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Kejayaan anak-anak dalam pelajaranPendidikan dan kini merupakan seorang guru. Anak kedua pula masih menuntut di Universiti Islam Antarabangsa. Manakala anak ketiga pula masih meneruskan pengajian di dalam kursus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di salah satu institut pendidikan guru di Malaysia,

Tindakan saya memberi Memo Plus Gold kepada ketiga-tiga anak saya adalah merupakan suatu pilihan yang tepat. Ia merupakan suatu perubahan yang luar biasa yang saya sebagai ibu telah melalui dengan kejayaan anak saya. Semoga kisah perjalanan hidup saya ini boleh menjadi contoh kepada para ibu bapa diluar sana yang masih ditakuk lama tanpa apa-apa perubahan. Marilah cuba Memo Plus Gold untuk diri anda dan juga anak anda demi suatu perubahan atau TRANSFORMASI di dalam hidup anak anda.

Memo Plus Gold merupakan suatu pilihan yang tepat untuk diri saya dan seisi keluarga. Saya telah berjaya mengubah nasib anak-anak saya. Anda juga patut mengambil langkah yang sama. Ini kerana perubahan tidak akan berlaku melainkan kita sendiri mengambil LANGKAH PERTAMA untuk MENGUBAHKAN suatu impian agar menjadi KENYATAAN.Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.