Salah satu faedah utama permainan memori kepada otak ialah ianya dapat mengekalkan otak dalam bentuk yang optimum. Orang dewasa yang melakukan aktiviti-aktiviti ringkas setiap hati dalam hidup mereka yang mana membantu merangsang mental seperti permainan logik dikatakan sekurang-kurangnya 63% tidak akan mengalami penyakit Dimentia dan masalah kemerosotan mental berbanding mereka yang tidak melakukan sedemikian. Hal ini terbukti berdasarkan kajian yang dijalankan baru-baru ini. Orang dewasa yang bermainnsatu atau dua permainan logik untuk minda setiap hari selama beberapa minggu boleh meningkatkan ingatannya dengan baik.
Dalam usaha untuk mempunyai daya ingatan yang baik, anda seharusnya mengamalkan gaya hidup yang sihat dan aktif tidak kiralah berapa usia anda. Walaupun anda sudah menamatkan persekolahan, jangan sesekali menyangka bahawa anda sudah mengetahui segalanya dan tidak berusaha untuk menuntut ilmu dan perkara baru lagi selepas itu. Otak anda tidak akan berfungsi dengan baik sekiranya ia tidak digunakan, sama seperti kaki anda yang akan sakit selepas beberapa lama tidak berjalan!
Seperti mana yang dapat anda lihat, anda tidak perlu untuk bermain permainan minda sepanjang hari sehingga akhir hayat anda. Beberapa minggu sudah mencukupi untuk membuktikan bahawa ingatan anda akan beransur semakin baik. Permainan memori akan merangsang otak dan menyokong aktiviti otak. Terdapat pelbagai jenis permainan memori yang sangat efisien boleh didapati di dalam talian melalui laman sesawang tertentu. Ambillah peluang ini dengan berseronok di mana sahaja dan seberapa lama yang anda suka! Berikut merupakan beberapa tips untuk meningkatkan ingatan sekiranya anda mengamalkan permainan memori dalam aktiviti harian anda.
Permainan Yang Digalakkan Untuk Diamalkan Dalam Kehidupan Harian
- Permainan pertama ialah menulis cerita pendek yang masuk akal tetapi dengan hanya menggunakan kira-kira 7 hingga 10 patah perkataan. Permainan ini akan membantu meningkatkan penyampaian mesej anda di laman sosial seperti Facebook dan Twitter.
- Cuba bina satu perkaitan baru antara setiap sel otak anda dengan melakukan akiviti dengan tangan kiri yang mana kebiasaannya dilakukan menggunakan tangan kanak dan sebaliknya. Lakukan aktiviti ini sekurang-kurangnya seminggu sekali. Cubalah untuk menggosok gigi dan mengambil barang menggunakan tangan yang anda tidak gunakan kebiasaannya.
- Pilih satu gambar yang mempunyai banyak butiran di dalamnya. Lihat gambar tersebut selama satu minit. Kemudian, sembunyikan gambar tersebut dan dalam masa dua minit, senaraikan setiap butiran yang terdapat dalam gambar tersebut sebanyak mana yang anda ingat.
- Mencatat nota. Anda boleh melakukannya sekiranya anda menghadapi tekanan ataupun ketika stress setiap kali mengalami haid. Anda boleh mencatat nota ketika berjumpa dengan doktor anda, mesyuarat ataupun mana-mana majlis yang memerlukan anda menumpukan sepenuh perhatian.
- Latihan yang paling baik untuk otak ialah mengira secara terbalik. Mulakan dengan 200 dan kira secara terbalik sambil menolak lima setiap kali mengira. Contohnya, 200, 195, 190, 185 dan seterusnya. Ataupun mulakan dengan 150 dan kira secara terbalik dan mengurangkan tujuh setiap kali mengira. Misalnya, 150, 143, 136 dan berikutnya.
Kenapa Permainan Video Bagus untuk Kanak-kanak?
Faedah permainan video sememangnya diakui, ianya bukanlah mitos semata-mata. Terdapat pelbagai pertikaian tentang permainan video dan kesannya terhadap kanak-kanak. Permainan ini mampu menjejaskan perkembangan si kecil anda sekiranya digunakan dengan salah. Tetapi sekiranya permainan ini digunakan secara berjadual dan berhemah, ianya boleh membawa banyak manfaat terutamanya dalam menerapkan nilai disiplin, mendidik anak anda dan membantu perkembangan mereka.
Koordinasi antara tangan dan mata merupakan manfaat permainan video yang paling utama dalam tumbesaran kanak-kanak. Permainan yang dimainkan di komputer mahupun televisyen memerlukan pemikiran yang pantas, tindak balas yang cepat dan kebolehan untuk menekan butang dengan cepat. Permainan video boleh mendidik seorang kanak-kanak yang sangat nakal menjadi seorang kanak-kanak yang berkemahiran. Kanak-kanak pasti akan mencari strategi dan memikirkan cara yang sesuai untuk menang. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa permainan memori bukanlah hanya membuang masa dan menyebabkan ketagihan sepertimana yang digembar-gemburkan sebelum ini. Permainan memori percuma melibatkan memori, mengira, strategi dan kemahiran berfikir yang lain.