PETUA ATASI SIKAP BERTANGGUH

Posted on October 4, 2014 · Posted in Teknik Membelajar Efektif

Bertangguh bukanlah masalah yang tidak dapat di­selesaikan. la bukannya perkara luar biasa dalam kehidupan yang tidak dapat dielak. Sebaliknya ia adalah kebiasaan ataupun tabiat yang tertanam dalam diri kita kerana kita tidak mendidik diri dengan amalan-amalan kecemerlangan. Berikut dinyatakan beberapa perkara yang dapat dilakukan bagi mengatasi masalah umum ini:

  • Pengagihan tugas. Pastikan tugasan bersesuaian dengan tenaga dan masa yang diperuntukkan. Salah satu penyebab kepada sikap bertangguh adalah berasakan kerja yang mahu dibuat itu sukar ataupun banyak. Sekiranya banyak, agihkanlah tugas kepada beberapa bahagian yang lebih kecil. Sekiranya begitu sukar, dapatkan seseorang yang dapat membantu. Tanya mereka! Jangan jadi orang yang berat mulut. Dalam dunia ni tiada sesiapa pun yang membantu kita tanpa diminta.
  • Balik dari sekolah, keluarkan buku dan kerjA sekolah daripada beg anda dan letakkan atas meja. Kebanyakan pelajar menangguh kerana mereka lupa adanya kerja sekolah yang perlu disiapkan. Oleh itu, apabila anda pulang dari sekolah, sebelum buka pakaian seragam sekolah, perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah me­ngeluarkan semua buku-buku yang ada kerja sekolah dan letakkan atas meja ataupun pada tempat yang anda boleh nampak. Dengan cara ini ia mengingatkan anda mengenai kerja yang belum disiapkan itu.
  • Buat senarai tugas. Sebelum tidur fikirkan dulu apa yang anda mahu lakukan esok hari. Senaraikan semua perkara yang mahu dilakukan itu di atas sehelai kertas, ke dalam buku kecil ataupun diari anda. Bawa senarai ini ke mana sahaja anda pergi dan pangkah mana-mana tugasan ataupun aktiviti yang sudah selesai.
  •  Cari cara bagi mengingatkan kita. Misalnya jam loceng, komputer, digital organizer dan lain-lain.
  • Sediakan segala keperluan lebih awal. Bayang­kanlah disebabkan terpaksa bergerak bagi meng­ambil pemadam, akhirnya kerja tertangguh selama 30 minit. Kenapa sampai 30 minit? lni kerana semasa anda mengambil pemadam tumpuan anda terganggu dan perhatian anda tertarik kepada perkara-perkara lain pula tanpa dirancang. ltu belum lagi mengambil kira masa ke bilik air, mencari makanan dan pelbagai lagi yang dapat mengganggu proses belajar. Oleh itu, sebelum mula belajar pastikan semua buku, alat tulis dan keperluan berada di tempat anda supaya tidak ada sebab bagi anda bangun dari tempat duduk se­belum tamatnya sesi ulang kaji. Begitu juga buang air kecil ataupun air besar sebelum memulakan ulang kaji.
  • Tiada dua orang yang serupa. Lain orang lain masa produktif mereka. Oleh itu kenali masa produktif anda dan gunakan masa ini bagi belajar. Ada orang masa produktifnya awal pagi sebelum Subuh kerana pada masa itu semua adik-adiknya tidur dan tiada siapa yang mengganggunya. Ada pula yang sukar bangun awal dan Iebih sesuai belajar pada waktu malam. Apabila anda tahu masa produktif anda, masa bertangguh dapat dikurang­kan.
  • Tukar cara anda berfikir. Lihat diri anda sebagai orang yang menepati dan menghargai masa. Yakinkan juga diri anda apa yang mahu anda lakukan itu penting. Semua orang boleh berubah, begitu juga anda.
  • Paksa diri! Jangan peduli apa orang lain kata. la adalah coal masa depan anda. Ada masanya anda rasa malas. Ada masanya anda rasa letih. Sekiranya malas dan letih itu datang sesekali sahaja tidak mengapa tetapi sekiranya is datang setiap hari anda perlu paksa diri bagi belajar.
  • Belajar daripada kesilapan. Jangan biarkan diri anda menangguh semata-mata kerana takut berlaku kesilapan. Mula melangkah apabila sudah ada perancangan dan jangan tunggu bagi segala­galanya sempurna. Ketidaksempurnaan itu se memangnya sifat semula jadi setiap hasil ciptaan manusia. Contohnya:
  • TV hitam putih wujud sebelum ada TV warna.
  • Telefon bimbit besar sebelum ada yang kecil

Mereka yang mencipta dan menjual barang-barang ini tidak menunggu segalanya sempurna. Mereka mengaut keuntungan awal dan menggunakan keuntungan itu bagi melakukan penyelidikan dan seterusnya menghasilkan barangan yang lebih baik.

  • Senaman secara konsisten, 20 minit sehari, 3 kali seminggu. Badan yang cergas menjana otak yang cerdas. lni secara tidak langsung membuatkan diri anda bersemangat bagi belajar dan menyiapkan kerja-kerja anda.
  • Jaga diet atau pemakanan. Makan makanan yang kurang lemak dan yang tinggi kandungan fibernya seperti buah-buahan, kekacang dan sayur-sayuran. Makan roti yang ada tertulis perkataan high fibre.
  • Rehat yang cukup. Lakukan meditasi dan ber­tenang. Itu gunanya kita selepas solat disambung dengan berzikir dan berwirid.
  • Mulakan sedikit demi sedikit. Bertatih sebelum berlari. Tidak perlu bagi menghabiskan apa yang mahu dilakukan itu serentak. Manusia mudah rasa jemu dan bosan. Oleh itu, lakukanlah sedikit tetapi konsisten. Pelbagaikan aktiviti dan jangan fokus hanya kepada satu tugas semata-mata.
  • Ganjari diri sendiri setiap kali dapat me­nyelesaikan sesuatu tugas ataupun selesai me­ngulang kaji. Anda boleh ganjari diri anda dengan mendengar lagu kegemaran, melakukan aktiviti yang anda suka, menonton televisyen, bermain dan sebagainya. Tetapi ingat, anda lakukan semua itu selepas anda penat belajar bukan sebelumnya.

Sumber : scoreatips.wordpress.comMemo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.