Formula semulajadi dari tumbuh-tumbuhan merupakan kurniaan Tuhan kepada manusia dalam membantu menangani dan menghindarkan pelbagai penyakit. Dengan campuran herba-herba tertentu, kita dapat menghalang penyakit dari menyerang kegembiraan hidup sekeluarga.
Oleh itu jom lihat beberapa cara bagi menangani penyakit darah tinggi secara semulajadi.
Kamu boleh mengatasi masalah ini dengan
1. Minumlah air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita.
2. Minumlah air rebusan daun Pokok Ati-ati.
3. Makanlah biji buah Peria.
4.Makanlah pucuk Pokok Pala sebagai ulam.
5. Minumlah air rebusan Pokok Dukung Anak.
6. Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama nisbahnya.
7. Rebus daun pandan wangi secukupnya dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Minum setiap pagi dan petang.
8. Makanlah 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, bolehlah direbus.
9. Parutkan kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.
10.Ambil segenggam daun kucai, basuh bersih selepas itu masukkan kedalam mesin bersama dengan sedikit gula batu yang telah dihancurkan. Mesin sehingga lumat atau hancur ( jangan campur dengan air ) bagi mendapatkan patinya sahaja. Masukkan kedalam bekas mangkuk atau cawan, selepas itu embunkan sehingga pagi.Bila bangun pagi sebelum minum atau makan hendaklah diminum air pati daun kucai serta dengan selawat 3 kali. Amalkan selama tiga hari, selepas itu jumpalah doktor untuk buat pengesahan. Insyaalah darah tinggi akan jadi normal.
Atau kamu boleh mengambil Memo Plus Gold. Persedian herba di dalam bentuk kapsul yang sedia dimakan. Bukan sahaja membantu mengurangkan masalah darah tinggi malahan membantu keseluruhan kesihatan kamu dan keluarga.