Setiap insan punya harapan dan impian yang tersendiri. Dilahirkan dalam keluarga yang sederhana bukanlah menjadi satu kesalahan kerana ianya merupakan takdir yang ditentukan oleh Tuhan. Nama saya Fong Carman. Saya merupakan seorang pelajar di SMK Subang Jaya, PJ. Ibu bapa saya merupakan peniaga yang mengusahakan gerai makanan bagi mencari sesuap nasi untuk kami sekeluarga. Kesusahan yang dihadapi mendorong saya, untuk berusaha dengan lebih gigih bagi mengubah nasib keluarga.
Setiap pelajar perlu memikul tanggungjawab yang besar dalam mencapai kejayaan. Oleh itu, pelajar haruslah berusaha dengan tekun dan bekerja keras untuk meraih kejayaan kerana kejayaan tidak akan datang bergolek. Walaupun kedua-dua ibu bapa saya tidak berpelajaran tinggi, namun mereka bertekad untuk mendidik kami adik beradik supaya berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Saya merupakan anak perempuan tunggal bongsu di dalam keluarga dan mempunyai tiga orang abang. Sebagai anak bongsu dan satu-satunya perempuan di dalam keluarga, saya menjadi harapan ibubapa untuk berjaya dengan cemerlang. Maka menggununglah harapan yang disandarkan kepada saya supaya saya dapat menjejakkan kaki ke menara gading dan mendapat pekerjaan yang baik.
2010 merupakan tahun yang penuh cabaran kerana saya bakal menduduki peperiksaan (PMR). Sejak kecil lagi saya amat meminati bidang perubatan. Ahli farmasi merupakan cita-cita yang saya impikan sejak dari dahulu lagi. Saya percaya saya dapat mencapai cita-cita ini sekiranya saya berusaha dengan gigih dari sekarang. Untuk menceburi bidang farmasi, saya perlu lulus dengan cemerlang dalam subjek Matematik dan Sains bagi membolehkan saya memasuki aliran Sains di tingkatan 4. Oleh itu, keputusan PMR menjadi taruhan utama bagi menentukan masa depan saya untuk memasuki aliran sains. Saya bertekad untuk belajar dengan bersungguh-sungguh dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap pengajaran guru.
Pada awal tahun semasa berada di Tingkatan 3, saya mendapati bahawa subjek Sejarah, Matematik dan Geografi merupakan antara subjek yang sukar kerana saya perlu mengingati banyak fakta penting terutamanya berkaitan dengan peristiwa bersejarah dan tahun berlakunya peristiwa tersebut. Hal ini menyebabkan fikiran saya bercelaru dan buntu. Tambahan pula hilang fokus terhadap pembelajaran saya. Apatah lagi, markah ujian bulanan saya sememangnya tidak memuaskan. Saya sukar untuk mengingati apa yang telah saya pelajari di sekolah. Disebabkan keputusan ujian yang tidak memuaskan, saya sanggup untuk bangun seawal jam 5.00 pagi setiap hari semata-mata untuk mengulang kaji pelajaran dan membuat latihan tambahan.
Seorang rakan sekelas saya, Mei Ling (nama samaran), turut menghadapi kesukaran dalam subjek Sejarah dan Geografi sebelum ini. Namun dalam ujian bulanan baru-baru ini, dia berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam kedua-dua subjek tersebut. Saya amat bersyukur kerana Mei Ling sudi untuk berkongsi rahsia kejayaannya. Menurutnya, Memo Plus Gold merupakan pembantu utamanya bagi mencapai keputusan yang cemerlang.
Selepas mendengar penjelasan Mei Ling, saya terus memberitahu ibu saya mengenai produk ini. Setelah 4 bulan mengamalkan produk ini, saya semakin segar, aktif, ceria dan bertenaga. Ia juga dapat membantu saya berjaga sehingga larut malam untuk mengulangkaji pelajaran. Tanpa saya sedari, saya mampu mengingat segala-galanya yang telah saya pelajari.
Tatkala saya melangkah ke dewan peperiksaan, terasa diri ini penuh dengan keyakinan penuh keghairahan. Saya juga dapat fokus terhadap peperiksaan yang saya duduki. Ternyata selepas mengamalkan Memo Plus Gold, saya semakin mudah memahami dan menghafal segala yang telah dipelajari. Akhirnya saya berjaya mencatat keputusan 8A di dalam PMR. Impian saya untuk memasuki aliran Sains di tingkatan 4 juga tercapai.
Selepas mencatat keputusan cemerlang didalam PMR maka saya berhenti mengamalkan Memo Plus Gold. Sewaktu saya berada ditingkatan 4, saya menghadapi pula kesukaran untuk memahami subjek Biologi dan Matematik Tambahan, ini menyebabkan saya mengalami tekanan dan sering hilang fokus. Saya hanya memperolehi markah lulus sahaja didalam semua mata pelajaran dan secara keseluruhan prestasi saya tidak memuaskan. Saya juga mudah letih dan seolah-olah tidak bertenaga untuk belajar. Kemudian saya mula sedar yang saya memerlukan Memo Plus Gold.
Jadi, saya mulakan semula pengambilan Memo Plus Gold. Dari apa yang saya rasa, saya merasakan keadaan saya mula berubah semula dan prestasi pembelajaran saya juga mula menujukkan peningkatan. Hanya dalam masa yang singkat, prestasi pembelajaran saya berubah dengan lebih baik dan memperolehi keputusan yang cemerlang sewaktu berada di tingkatan 4. Kini, saya sedar bahawa Memo Plus Gold adalah makanan untuk otak dan saya perlu mengambilnya secara berterusan untuk memberikan khasiat kepada sel-sel otak saya.
Apabila melangkah ke tingkatan 5 tahun 2012, saya tidak ada perasaan risau terhadap peperiksaan, ini kerana saya sentiasa bersedia dan yakin pada diri bahawa Memo Plus Gold sentiasa membantu saya. Tambahan pula saya kerap kali membuat latihan tubi di rumah. Saya juga tidak ketinggalan untuk bangun seawal 5.00 pagi untuk membuat persiapan bagi peperiksaan SPM yang bakal saya duduki.
Ternyata sekali, dengan usaha saya yang berterusan serta disiplin diri, saya yakin, saya mampu mencapai impian yang saya idamkan selama ini. Akhirnya tibalah masanya, saya melangkah ke dewan peperiksaan sekali lagi untuk menduduki peperiksaan SPM.
Bayangkan, pada hari keputusan SPM yang diumumkan dan sewaktu keputusan SPM itu berada ditangan saya, terbitnya perasaan gembira yang tidak dapat saya gambarkan, saya memperoleh keputusan yang CEMERLANG dengan memperolehi 9A dalam SPM. Ini adalah kejayaan kedua saya selepas PMR. Dengan adanya Memo Plus Gold pembelajaran saya semakin hari semakin mudah.
Setelah saya menamatkan alam persekolahan, kini saya mengukirkan impian saya di Kolej MAHSA dalam bidang farmasi. Saya rasa bersyukur dan masih meneruskan pengambilan Memo Plus Gold sehingga ke hari ini.








