Penderaan kanak-kanak ditakrifkan sebagai “penderaan fizikal, emosi, seksual atau pengabaian anak oleh ibu bapa, penjaga atau orang dewasa yang lain”. Sehinggalah pertengahan tahun 1800 an, kanak-kanak diberikan perlindungan oleh undang-undang daripada penderaan dan lebih seabad selepas itu masalah ini mula menjadi masalah utama dalam masyarakat. Kanak-kanak di seluruh dunia dianggap sebagai “harta” ibu bapa yang telah diberikan hak untuk menjaga kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak telah dieksploitasi, didera, diabaikan dan malah ada yang dibunuh oleh ibu bapa dan orang dewasa lain sejak berabad-abad lamanya. Terdapat banyak sebab yang menyebabkan kanak-kanka ini menjadi mangsa pelbagai jenis penderaan ini.
Pengabaian
Salah satu bentuk penderaan yang tidak diberi perhatian oleh orang ramai adalah pengabaian; saban tahun, ribuan kanak-kanak meninggal dunia kerana ibu bapa tidak berusaha untuk menjaga anak-anak mereka dan mengabaikannya begitu sahaja. Kadang kala, masalah ini disebabkan oleh ibu bapa yang kaki botol atau penagih dadah di mana mereka lebih mementingkan wang untuk membiayai ketagihan mereka berbanding untuk penjagaan anak. Kanak-kanak yang tinggal bersama ibu bapa yang mempunyai masalah ketagihan ini berkemungkinan tiga kali lebih teruk menderita berbanding kanak-kanak yang tinggal di rumah yang bebas ketagihan. Dalam kes yang menunjukkan angka membimbangkan ini, kebanyakan kanak-kanak adalah hasil daripada kehamilan remaja di mana remaja ini tidak mempunyai sokongan di rumah dan mempunyai kemahiran yang minimum untuk menjaga kanak-kanak.
Penderaan Fizikal
Salah satu bentuk penderaan yang paling banyak dilakukan adalah penderaan fizikal. Penderaan ini termasuklah memukul, membaling, mencekik, menendang, menggoncang, menumbuk, membakar dan menggunakan sesuatu untuk memukul kanak-kanak tersebut. Terdapat beberapa sebab yang menyebabkan penderaan berasa perlu untuk mendera kanak-kanak :
- Sejarah penderaan daripada ibu bapa mereka – mereka mempunyai rasa marah, takut dan kemurungan yang melampau dan ada juga yang menjadi paranoid akibat azab yang ditanggung selama ini. Hal ini menyebabkan mereka hilang pertimbangan dan mengambil keputusan untuk melakukan penderaan sepertimana yang dialami semasa zaman kanak-kanak mereka.
- Kemahiran keibubapaan yang tidak mencukupi – kebanyakan pendera tidak pernah mendapat contoh keibubapaan yang baik kerana ibu bapa mereka meninggal dunia atau meninggalkan meeka pada usia yang muda. Atau mungkin mereka sendiri terlalu muda untuk menjadi ibu bapa, i.e. ibu bapa remaja.
- Alkohol dan penyalahgunaan dadah –penderaan ini selalunya berada dalam dunia mereka sendiri apabila berada di bawah pengaruh alkohol atau dadah yang mana akhirnya menyebabkan mereka hilang kawalan dan berasa kecewa, marah dan pelbagai lagi emosi lain.
- Penyakit mental yang tidak dirawat – ramai daripada kalangan pendera menghidap penyakit mental yang mana tidak pernah dikenal pasti atau dirawat. Mereka ini mempunyai kawalan diri yang lemah, kemarahan yang tidak boleh dikawal dan akhirnya menyebabkan anak-anak menjadi mangsa.
- Kanak-kanak yang mencabar – banyak kes penderaan kanak-kanak termasuklah yang digoncang, ditumnuk dan dipukul adalah daripada ibu bapa yang mempunyai anak yang sangat mencabar. Sama ada kanak-kanak tersebut mengalami kecacatan atau mereka sendiri sangat kuat menentang sehingga mengecewakan ibu bapa yang mana menyebabkan mereka mula mendera. Ini bukanlah salah kanak-kanak kerana ibu bapa yang sering kali tidak matang atau tidak mempunyai pengetahuan untuk mengendalikan kanak-kanak seperti ini.
Penderaan Seksual Kanak-kanak
Terdapat banyak punca yang menyebabkan kanak-kanak didera secara seksual. Salah satu daripada puncanya adalah pornografi kanak-kanak dan kegiatan pemerdagangan seks kanak-kanak yang menjadi masalah utama di seluruh dunia kini. Walaubagaimanapun, orang dewasa yang menonton pornografi kanak-kanak atau “membeli” kanak-kanak daripada sindiket seks sering kali bergelut dengan keperluan seksual mereka sendiri daripada orang dewasa lain yang mana akhirnya membuatkan mereka lebih sukakan kanak-kanak. Dalam banyak kes, pendera mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap kanak-kanak tersebut. Ada juga daripada kalangan pendera ini pernah didera secara seksual semasa mereka kanak-kanak – terutamanya oleh ahli keluarga, jiran dan guru. Ramai penyelidik percaya bahawa ada yang tidak kena pada pemikiran para pendera ini yang menyebabkan mereka cenderung kepada kanak-kanka dan mereka selalunya tertarik kepada kanak-kanak miskin atau dan kanak-kanak yang memerlukan perlindungan.
Penderaan Emosi
Penderaan emosi merupakan penderaan yang paling sukar untuk dikesan kerana tiada kesan secara fizikal dapat dilihat, tiada lebam atau tulang yang patah. Umumnya, pendera ini mendera kanak-kanak seperti mana yang dialami oleh mereka semasa mereka dibesarkan dahulu ; oleh itu, ini merupakan masalah dari generasi ke generasi. Kebanyakan ibu bapa yang mendera anak-anak mereka adalah berpunca daripada tekanan, pengambilan dadah atau alkohol, ketidakmatangan dan tidak berpendidikan. Dan ada juga sesetengah ibu bapa yang melakukan penderaan emosi kepada anak-anak mereka kerana gagal memenuhi harapan ibu bapa yang ingin melihat anak-anak mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajaran atau mungkin mereka gagal untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh ibu bapa tersebut.
Pelbagai sebab
Penderaan kanak-kanak adalah berpunca daripada pelbagai sebab yang mana boleh berlanjutan sepanjang hayat kanak-kanak tersebut dan berterusna dari generasi ke generasi sekiranya ia tidak dihentikan.