Rasai kejayaan dengan Mentaliti Jutawan

Posted on March 21, 2014 · Posted in Pengetahuan am

Kamu boleh mula sekarang dan berjaya. Apabila kamu cuba menumpukan perhatian terhadap perkara positif. Kamu perlu merasakannya, mempercayai dan bersikap positif untuk berjaya. Setiap hari kamu perlu berfikir dan berlagak seperti orang berjaya dan dengan itu kamu pasti merasa yakin dan menjadi seorang yang berjaya.

Ingatkan diri kamu tentang perkara yang akan kamu mulakan untuk mencapai kejayaan. Mulakan hobi atau sesuatu yang mampu meletakkan fikiran kamu jauh dari masalah dan membantu kamu menikmati hidup, berehat, menghapuskan tekanan serta menikmati kedamaian. Tanpa melakukan sesuatu tak mungkin kamu akan berjaya atau mempunyai keupayaan untuk berjaya.

Simpan rancangan yang kamu buat dekat dengan kamu setiap masa dan baca dengan kuat beberapa kali setiap hari. Dengan memberikan diri kamu masa, sekadar beberapa minit untuk berhenti, bernafas sedalamnya dan berehat sebentar, kamu akan lihat faedah yang akan kamu terima kemudian. Untuk berjaya kamu perlu meletakkan minda kamu dalam keadaan gembira dan positif. Dengan menjadi positif kamu akan menarik orang yang positif dan kamu seterusnya akan menarik orang yang berjaya untuk membantu kamu berjaya.

Inilah dia kunci kejayaan kamu. Keghairahan untuk berjaya membuatkan kejayaan itu lebih manis lagi.

Untuk menjawab teka-teki ini, kamu harus memisahkan sikap kamu dengan sikap positif yang ingin kamu tonjolkan dengan sikap kamu.Jika kamu bersikap tertekan atau terlampau fikirkan sesuatu maka aura negatif mungkin akan menguasai kamu. Tapi, hanya fikirkan sesuatu yang positif jika kamu mahu  membuang perasaan negatif itu.  Jangan mengubah sikap kamu semata-mata untuk memenuhi matlamat kamu kerana ini akan merubah keseluruhan personaliti kamu kearah kepalsuan.

Apapun, formulasi berasaskan perubahan sikap mempunyai peluang besar untuk berjaya.

Sangat penting untuk kamu menulis matlamat kamu di atas kertas jadi tuliskan ia supaya kamu dapat melihatnya setiap hari. Kamu juga boleh menulis matlamat lain yang ingin kamu capai setiap bulan atau setiap minggu supaya kamu dapat melihat dengan jelas arah tujuan kamu. Dengan menulis pastinya kamu akan dapat melakukannya dengan lebih baik.

Apakah insentif yang kamu akan dapat dengan memenuhi matlamat kamu itu? Persoalan ini akan terjawab apabila kamu menulis secara terperinci tentang matlamat kamu. Hanya dengan itu strategi yang efektif dapat kamu rancangkan.

Einstein berkata, “ Imaginasi adalah imbasan kepada masa depan”. Setiap manusia yang berimaginasi dan bermimpi mampu membawa mimpi ini menjadi realiti dengan mempercayai ianya boleh di capai. Apabila kamu percaya ianya benar dan bukannya mimpi, sedikit demi sedikit kamu akan mencapainya.Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.