Sarapan untuk Kecemerlangan

Posted on April 25, 2014 · Posted in Pengetahuan am

“Ambillah Sarapan Seperti Raja,Makan Tengahari Seperti Permaisuri,
dan Makan Malam Seperti Pengemis”

Falsafah ini telah wujud sekian lama tapi tidak di pandang serius oleh masyarakat secara umumnya. Adakah ianya relevan bagi anda sendiri..
Mengungkap rahsia di sebalik falsafah ini dan kepentingan Sarapan dalam kehidupan seharian.

Makan malam seharusnya amat ringan..elakkan nasi serta makanan berat lain..ini kerana kalori yang anda makan akan tersimpan sebagai lemak kerana tidak digunakan semasa tidur dan mengakibatkan kegemukkan!!

Makan tengahari seharusnya sederhana bagi membantu anda mengecas tenaga yang dikeluarkan dari sarapan tadi..ambillah karbohidrat dan protin seperti nasi dan ikan dan elakkan makanan yang terlampau berlemak..

Sarapan seharusnya dijadikan masa terbaik untuk makan pelbagai juadah enak kerana tubuh anda mempunyai sepanjang hari untuk membakar kalori dari pelbagai makanan yang di makan.Malangnya, ramai yang meninggalkan sarapan dengan alasan tiada selera makan pada waktu pagi atau tidak sempat kerana bangun lambat.

Otak atau minda sangat memerlukan sarapan pagi bagi merangsang pemikiran ke arah pembelajaran yang lebih cemerlang di sekolah.Ada saintis yang menggelar sarapan sebagai makanan untuk otak.Pakar pemakanan pula sependapat bahawa mengambil sarapan adalah sumber pertama untuk memulakan kehidupan seharian, sekali gus mencergaskan minda.

Kajian terbaru menunjukkan orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing, lebih cergas, peka dan fokus.

Ini secara tidak langsung mendatangkan pengaruh positif terhadap diri individu itu untuk melaksanakan tugasnya, sama ada di sekolah atau di tempat kerja; walaupun hanya mengambil sarapan sekeping roti dan secawan kopi.
Karbohidrat yang diambil pada waktu pagi akan merangsang paras glukosa dan mikro nutrien dalam otak. Contohnya, vitamin B yang diperkaya dalam roti dan bijirin sarapan dikenal pasti mampu memberikan kesan positif kepada fungsi otak.

Kesan lebih ketara dalam kalangan kanak-kanak dan remaja yang mengambil sarapan yang kaya dengan karbohidrat kompleks ialah mereka boleh menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan menyelesaikan masalah dengan baik. Justeru, tidak hairan jika pengusaha roti dan bijirin berlumba-lumba menghasilkan produk yang diperkaya dengan pelbagai khasiat dan vitamin.

Kajian yang dijalankan Food Facts Asia dengan kerjasama empat universiti di Asia ke atas remaja berusia 10 hingga 12 tahun yang mengamalkan sarapan rata-rata jauh lebih langsing dan kurang berhadapan dengan masalah berat badan berlebihan.

Jadi pastikan anak-anak anda bersarapan bagi mencapai kecemerlangan.Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.