Guru merupakan insan yang harus dihormati selain dari ibubapa kita. Merekalah yang banyak bekorban masa dan tenaga bagi memastikan kita mendapat ilmu pengetahuan dan menjadi insan berguna. Tanpa guru tiadalah tenaga professional, ketamadunan, kemodenan dan kemudahan asas. Guru menyampaikan ilmu pengetahuan supaya manusia menjadi orang yang berguna dengan ilmu.
Oleh itu sempena hari guru ini, kami ingin mengucapkan Terima Kasih kepada semua pendidik yang telah melaksanakan tugas mereka dengan baik.
Selamat Hari Guru!





