Senaman Otak yang Merangsang Fungsi Otak Anak Anda

Posted on October 30, 2012 · Posted in Uncategorized

Tanpa disedari, terdapat pelbagai jenis permainan di sekolah yang direka khas sebagai senaman otak untuk membantu murid meningkatkan kekuatan kognitif mereka. Apa yang menarik ialah kesemua permainan yang menyeronokkan ini boleh dimainkan sepanjang hayat dan sangat disyorkan sebagai sesuatu bentuk senaman untuk minda. Kini, terdapat pelbagai jenis permainan untuk minda yang boleh didapati dalam pelbagai bentuk termasuk di internet, permainan Nintendo dan juga boleh didapati dalam bentuk yang lama seperti jigsaw dan teka silang kata.

Mari kita mulakan dengan ujian latihan memori. Terdapat banyak laman sesawang yang menyediakan latihan yang menarik untuk senaman otak. Mari kita lihat beberapa contoh permainan tersebut.

Ujian tindak balas otak merupakan satu ujian yang menguji kepantasan otak anda untuk bertindak balas. Ujian ini ringkas. Sebuah kotak berbentuk segi empat tepat dipaparkan. Sebaik sahaja butang “MULA” ditekan, satu warna akan muncul in dalam kotak tersebut. Objektif permainan ini ialah pemain dikehendaki klik pada warna yang muncul itu secepat mungkin. Permainan ini pada asasnya dimainkan dengan melihat pada tempoh masa yang diambil oleh otak untuk bertindak balas dengan warna yang dipaparkan seterusnya menghantar signal kepada jari untuk menekan butang warna tersebut. Walaubagaimanapun, jika anda klik terlalu awal, permainan ini dapat mengesan bahawa anda menipu!

Selain itu, terdapat satu lagi permainan yang baik untuk melatih pemikiran kreatif anda. Permainan ini mempunyai pelbagai aras kesukaran yang membantu melatih pusat kreatif otak anda. Dalam permainan ini, terdapat satu bebola perak yang perlu dialihkan dan dimasukkan ke dalam satu lubang. Walaubagaimanapun, terdapat pelbagai halangan untuk memasukkan bola tersebut ke dalam lubang itu, Tambahan pula, lubang tersebut dikelilingi air. Oleh itu, pemain perlu berfikir dengan kreatif dan kritis bagaimana untuk menggunakan segala halangan yang ada bagi membina sebuah jambatan untuk menyeberangi air tersebut. Permainan ini menguji tahap fokus, kelajuan dan kebolehan pemain menyelesaikan masalah. Secara keseluruhnnya terdapat 25 peringkat dalam permainan ini yang mana benar-benar menguji ketajaman minda anda!

Satu lagi permainan yang bagus untuk meregangkan otak anda ialah permainan matematik yang mana mengandungi 3 tiang pasak. Terdapat beberapa keping cakera dalam pelbagai saiz disusun pada 1 tiang pasak. Pemain dikehendaki memindahkan kesemua cakera tersebut satu persatu ke tiang yang terakhir. Hanya 1 cakera boleh digerakkan pada satu masa. Peraturan permainan ini ialah cakera yang besar tidak boleh berada di atas cakera yang kecil. Terdapat satu permainan untuk kanak-kanak yang mirip dengan permainan ini. Permainan tersebut amat membantu dalam meningkatkan koordinasi tangan kanak-kanak. Dalam pada itu, permainan ini turut membantu otak untuk meningkatkan fokus, kelajuan, kepekaan dan kebolehan menyelesaikan masalah.

Seterusnya, kini terdapat permainan untuk meningkatkan penguasaan memori yang mana perlu pemain untuk mengecam ciri-ciri yang terdapat pada satu bentuk wajah yang dipaparkan. Pemain perlu mengecam bentuk mata, kening, hidung, mulut, dagu, rambut, dahi dan telinga yang terdapat pada wajah tersebut. Gambar wajah tersebut hanya akan dipaparkan seketika. Kemudian pemain perlu memilih ciri-ciri wajah yang dilihat sebentar tadi dan mencantumkan kesemuanya bagi membentuk satu wajah baru yang serupa dengan yang dilihat sebentar tadi. Permainan ini sangat baik untuk membantu meningkatkan kekuatan memori sekaligus memperbaiki tahap kepekaan, fokus, masa tindak balas dan kebolehan menyelesaikan masalah pemain tersebut.

Catur pula merupakan satu permainan yang sangat membantu untuk meningkatkan tahap kecerdasan IQ. Permainan ini melatih tahap kecerdasan dan keupayaan otak pemain dalam menentukan pergerakan buah catur. Permainan ini turut mengasah kebolehan pemain dalam mengatur strategi untuk menentukan arah pergerakan buah catur supaya tidak terkena jerat pihak lawan. Permainan ini sememangnya sangat efektif dalam mengasah kemahiran menaakul dan juga tindak balas serta memori pemain.

Selain itu, terdapat juga permainan matematik dan menghafal perkataan yang mana bagus untuk meningkatkan fokus dan daya ingatan pemain untuk mengingati satu set nombor dan perkataan sekaligus membantu menyelesaikan satu set persamaan. Sama ada kita sedar atau tidak, senaman dan latihan untuk otak ini amat penting kepada semua lapisan umur bagi merangsang fungsi otak sekaligus menyediakan otak untuk mengharungi hari tua kelak.Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.