Sihat dengan Tidur

Posted on May 17, 2014 · Posted in Pengetahuan am

Tidur merupakan satu perkara yang amat penting kepada tubuh manusia. Ia bukan sahaja memberi peluang untuk tubuh berehat malahan tanpa tidur yang cukup anda mungkin menghidapi pelbagai penyakit berbahaya. Selain itu, tanpa tidur yang mencukupi kamu akan merasa letih keesokkan harinya dan menganggu aktiviti yang kamu rancangkan.

sleep-on-books-1.10.12Hentikan tabiat petang kamu

Minum kopi atau teh sebelum kamu masuk tidur bukan satu idea yang baik. Malahan bukan sahaja 2 jenis minuman ini, air berperisa dan air bikarbonat juga mengandungi kafein atau gula berlebihan yang memberi tenaga kepada badan. Jadi elakkan dari minuman yang manis dan berkafein selepas pukul 2 petang ya.

 

Pilih makanan yang sesuai

Amat penting bagi kamu untuk mengelak makan makanan berat sebelum tidur tetapi tidak bermakna kamu harus berlapar. Jika kamu tidak dapat tidur akibat lapar, buat sedikit pasta dengan dada ayam yang didadu, sos tomato, sedikit keju parmesan dan sayur-sayuran. Makanan ini mempunyai kombinasi yang baik bagi membantu kamu kenyang dan mudah tidur dengan selesa.

Mandi lebih awal

Badan yang panas akan menyebabkan kamu tidak selesa dan sukar untuk tidur. Oleh itu mandi lebih awal jika kamu mandi air panas supaya ia tidak hampir dengan masa tidur kamu.

Yoga atau meregangkan badan

Regangkan badan kamu dengan yoga bagi menenangkan fikiran dan badan kamu. Yoga mampu mengurangkan tekanan pada sendi dan melancarkan pernafasan tanpa meningkatkan degupan jangtung kamu.

Kawal perasaan kamu

Apa kata kamu letakkan perasaan kamu di tempat yang menenangkan. Gelapkan bilik kamu, baring di katil dan jangan terlampau berfikir. Kamu akan lebih mudah untuk tidur dengan begini.

Haramkan alat komunikasi di katil

Jangan bawa telefon atau komputer diatas katil ketika kamu mahu tidur. Jika kamu ingin merakamkan masa untuk bangun pagi, apa kata kamu beli jam loceng. Telefon boleh menganggu kamu dari tidur dengan fungsi universalnya seperti melayari internet ataupun bermain game. Kamu mungkin akan lalai dan terlepas waktu tidur kamu.

Aturkan tempat tidur kamu

Tempat tidur yang tidak berkemas dan tidak teratur mampu membuatkan fikiran kamu bercelaru. Tempat tidur sepatutnya kawasan yang menenangkan dan selesa bagi kamu merasa lebih mudah untuk tidur.

Oleh itu jika tidur kamu terganggu pastikan kamu mengambil langkah pantas dalam menanganinya. Jangan biarkan sampai terlambat ya.Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.