Tabiat Belajar

Posted on October 24, 2012 · Posted in Uncategorized

Jika dilihat pada definisi tabiat belajar, perkataan tabiat itu sendiri membawa maksud sesuatu yang selalu dilakukan oleh seseorang dan sudah dijadikan amalan sehariannya. Tabiat merupakan sesuatu yang sudah biasa dan selesa dilakukan dan ianya berlaku secara spontan, tanpa perlu dirancang. Belajar pula membawa erti satu cara yang betul untuk memperoleh ilmu pengetahuan yang mana melibatkan proses belajar, latihan dan pencerahan. Oleh itu, tabiat belajar boleh dikatakan sebagai satu cara yang bersistematik untuk memperoleh ilmu pengetahuan. Terdapat pelbagai bentuk tabiat belajar. Namun ianya bergantung pada diri kita sendiri untuk memilih mana yang buruk dan baik dan semestinya kita lebih cenderung untuk memilih tabiat belajar yang baik.

Kita seharusnya mengetahui kelebihan dan keburukan setiap bentuk tabiat belajar ini supaya kita dapat mengelakkan tabiat belajar yang buruk dan memilih tabiat yang baik untuk diri kita.

Tabiat Belajar Yang Buruk

 Belajar secara berkumpulan merupakan salah satu cara belajar yang baik kerana kita boleh saling bertukar idea tentang sesuatu topik tersebut. Walaubagaimanapun, jika tabiat belajar ini disalahgunakan, ianya boleh menjadi tabiat belajar yang tidak berkesan. Hal ini adalah kerana kebanyakkan murid yang belajar secara berkumpulan akan cenderung untuk berborak mengenai perkara di luar topik pembelajaran. Hal ini dapat dielakkan jika ahli kumpulan dikurangkan dan setiap ahli kumpulan mempunyai pemikiran yang sama iaitu ingin menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pembelajaran.

Kemahiran membaca yang teruk juga dikategorikan sebagai tabiat belajar yang buruk. Antara contoh kemahiran membaca yang teruk ialah membaca dengan kuat, menunjukkan ayat yang dibaca menggunakan jari dan melakukan aktiviti lain yang boleh mengganggu fokus semasa membaca. Perlakuan seperti ini akan melambatkan proses pemahaman terhadap apa yang dibaca dan mengganggu konsentrasi.

Selain itu, makan dan minum semasa proses membaca juga merupakan tindakan yang tidak bijak. Ianya bukan sahaja menggangu proses pembacaan, malahan berisiko untuk mengotorkan dan merosakkan alat-alat tulis dan buku  jika minuman atau air tersebut tertumpah. Tindakan ini turut mengundang tanggapan yang negatif kepada mereka yang melihatnya.

Bagi sesetengah orang, mendengar muzik semasa membaca merupakan satu cara yang baik supaya kita tidak bosan dan mengantuk. Walaubagaimanapun, ianya merupakan taiat yang tidak digalakkan kerana kita akan cenderung untuk menghayati melodi lagu tersebut sekaligus menghilangkan tumpuan terhadap pembacaan kita.

Di samping itu, kebanyakan pelajar pada masa kini gemar melakukan tugasan pada saat-saat terakhir. Tabiat ini mengundang banyak keburukkan kerana untuk menghabiskan sesuatu tugasan mahupun pembacaan dalam masa yang singkat bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Percayalah, tindakan ini merupakan tindakan yang tidak bijak kerana ia hanya mengundang tekanan!

Membaca dua perkara yang berlainan dalam satu masa juga merupakan tindakan yang sangat tidak wajar. Oleh itu, fokus pada satu perkara sahaja pada satu masa.

Tabiat Belajar Yang Baik

 Mencatat dan menyelesaikan semua tugasan yang diberi merupakan satu cara yang baik untuk belajar kerana kita dapat mengesan di mana kelemahan kita sekaligus dapat menguji kefahaman kita tentang topik yang diajar sebelum ini.

Murid yang baik juga akan sentiasa membawa kerja rumah yang diberi ke sekolah untuk diperiksa oleh guru. Tabiat ini juga akan mengeratkan lagi hubungan antara guru dengan murid.

Komunikasi yang berkesan di antara guru dan murid merupakan satu lagi tabiat yang baik dalam pembelajaran kerana ianya akan membentuk persefahaman sekaligus memudahkan murid untuk belajar serta membolehkan guru untuk memahami muridnya dengan lebih rapat.

Menguruskan tempat tempat belajar dan hasil kerja dengan baik juga amat membantu untuk menyemak maklumat yang diperlukan. Ianya turut menggambarkan bahawa anda seorang pelajar yang bersistematik dan baik.

Sama ada kita sedar atau tidak, sebagai pelajar kita seharusnya mewujudkan satu zon belajar yang khusus supaya kita dapat belajar dengan lebih tersusun di samping dapat membangkitkan rasa ingin belajar secara semula jadi dalam diri.

Dalam pada itu, persediaan awal untuk menghadapi peperiksaan merupakan satu tabiat yang patut dicontohi bagi memperoleh keputusan yang cemerlang.

Setiap individu mempunyai cara belajar yang tersendiri. Kenali cara belajar anda supaya  dapat memaksimumkan potensi pembelajaran.

Mencatat nota merupakan satu cara untuk mengulang kaji dengan mudah.

Sikap suka menangguhkan kerja merupakan satu sikap yang sangat perlu dielakkan oleh setiap pelajar. Lama-kelamaan kerja yang tertangguh akan menimbun dan ini menyebabkan anda berasa malas untuk menyelesaikannya!

Badan anda juga merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran . Jika anda tidak menjaga kesihatan dengan baik, anda mungkin akan menghadapi masalah untuk belajar dengan baik. Oleh itu, salah satu lagi tabiat belajar yang baik ialah dengan menjaga diri dan kesihatan anda sebaiknya.Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.