Timun merupakan bahan yang mudah didapati dengan harga yang murah. Terdapat banyak kegunaan timun selain untuk kecantikkan. Ia boleh digunakan untuk memudahkan kerja rumah anda dan sebagainya. jom lihat antara tips mudah untuk kegunaanya ya.
1. Timun mengandungi paling banyak vitamin yang kamu perlukan setiap hari. Sebatang timun mengandungi Vitamin B1, B2, B3, B5, B6, Asid Folik, Vitamin C, Kalsium, Zat Besi, Magnesium, Fosforus, Potassium dan Zink.
2. Ketika anda merasa letih akibat penggunaan tenaga berterusan di waktu petang, hiris sedikit timun dan letak ke dalam air minuman anda. Ia akan memberikan anda tenaga berlebihan kerana timun mempunyai vitamin B dan karbohidrat yang dapat membantu memberikan kesegaran dengan cepat.
3. Jika anda gosokkan hirisan timun di cermin yang anda letakkan di bilik air, maka ia akan menghapuskan kabus dan memberikan bau-bauan menyenangkan seperti di spa.
4. Letakkan beberapa hirisan timun didalam bekas aluminium dan taman anda akan bebas dari serangga perosak. Bahan kimia didalam timun berinteraksi dengan aluminium dan memberikan bau yang manusia tidak dapat bau tetapi menakutkan serangga perosak.
5. Mencari cara paling mudah dan pantas dalam menghapuslan selulit? Cuba gosokkan satu atau 2 hirisan timun di tempat yang bermasalah selama beberapa minit. Phytochemical yang terkandung didalam timun menjadikan kolagen di kulit kamu mengetat dan meyebabkan kulit kamu lebih tegang seterusnya mengurangkan selulit. Bagus untuk kedutan di wajah anda juga!
6. Mahu mengelakkan sakit kepala? Makan beberapa hirisan timun sebelum masuk tidur dan anda akan bangun dengan rasa segar dan tanpa sebarang kesakitan. Timun mengandungi cukup gula, vitamin B dan elektrolit untuk menggantikan nutrien penting yang hilang di dalam badan bagi mengelakkan keseimbangan terjejas.
7. Untuk mengelakkan rasa lapar di waktu petang, anda boleh makan hirisan timun. Cara ini telah digunakan beribu tahun yang lepas oleh orang Eropah untuk mengelakkan kelaparan.



