Pergolakan jiwa kanak-kanak menjadi salah satu cabaran besar yang perlu dihadapi oleh ibu bapa. Sesetengah ibu bapa percaya zaman remaja anak-anak sukar bagi mereka, tetapi mereka yang masih berhadapan dengan ‘pemberontakan’ kanak-kanak pasti tidak bersetuju. Hal ini kerana, anak kecil tidak mampu memahami sesuatu keadaan seperti mereka yang telah dewasa. Selain itu, halangan komunikasi yang wujud, turut menyukarkan lagi keadaan untuk menghadapi ‘pemberontakan’ anak kecil.
Pakar kanak-kanak, berkongsi tips kepada ibu bapa bagaimana untuk mengharungi peringkat ‘pemberontakkan’ kanak-kanak.
1. Jangkakan bahawa pemberontakan akan berlaku.
Ibu bapa tidak dapat mengelak daripada menghadapi peringkat pemberontakan anak-anak. Kebanyakan ibu bapa dapat menjangkakan tahap pemberontakan anak-anak pada sesuatu masa. Kebiasaanya, anak-anak yang gemar memberontak ini berada dalam lingkungan 3 hingga 5 tahun kerana pada peringkat ini mereka sudah mula ingin berdikari sementara anda pula cuba mengawal kerana bimbangkan mereka.
2. Memberontak bukanlah sesuatu yang negatif.
Jika anak anda gemar memberontak, bukan bermakna mereka hilang rasa hormat tetapi ianya adalah sesuatu yang semulajadi apabila berada di tahap mereka. Sebagai kanak-kanak, mereka tidak faham mengapa mereka tidak boleh memiliki semua yang diinginkan dan kadang-kadang terpaksa melakukan sesuatu yang tidak mahu mereka lakukan. Elakan daripada menyalahkan mereka tetapi sentiasa berada di sisi untuk menghadapi saat-saat kekeliruan mereka.
3. Sentiasa realistik.
Jangan buat jangkaan yang tidak realistik kepada anak-anak. Sewajarnya, jangkaan yang dibuat haruslah standing dengan tahap perkembangan mereka. Anda tidak boleh mengharap kanak-kanak pra sekolah untuk duduk diam secara bersopan tetapi perkara ini boleh berlaku kepada anak-anak remaja yang mana mereka sudah berada pada had umur untuk berkelakuan sopan. Memahami tahap perkembangan anak-anak akan memberi panduan kepada anda tentang lakuan yang sesuai bergantung kepada tahap umur anak-anak. Hal ini boleh menyelamatkan diri anda daripada tertekan dan bimbangkan mereka.
4. Sabar.
Sabar perlu dijadikan sahabat baik apabila ingin melembutkan anak-anak yang memberontak. Banyak masa diperlukan sebelum kanak-kanak benar-benar memahami dan akur kepada kata-kata anda. Jadi apabila anda melarang tetapi anak-anak tetap melakukannya, jangan cepat melatah dengan menganggap mereka melawan cakap anda kerana mereka masih tidak dapat memahami apa yang anda mahukan. Oleh itu, sentiasa mengingatkan mereka dengan penuh kesabaran bagi mengubah tingkahlaku yang tidak diingini.
5. Jadi contoh terbaik
Jika anak-anak anda pernah melihat anda mengamuk setelah pelayan tersalah menghidang pesan atau anda memarahi juruwang kerana tersalah memberi duit baki, anak-anak akan melihat tingkah laku ini sebagai boleh diterima. Jadi mereka akan mula menanam sifat memberontak dalam diri. Oleh itu, jika anda mengharapkan tingkah laku sopan daripada anak anda, jadikan contoh terbaik kepada mereka untuk diikuti. Perkara ini merupakan yang paling penting dalam mendidik anak-anak.
6. Alih perhatian anak anda dan berikan pilihan.
Salah satu sebab mengapa anak-anak memberontak ialah mereka tidak dapat memiliki apa yang diingikan. Walaubagaimanapun, ibu bapa tidak semestinya perlu menunaikan setiap hasrat mereka yang memberontak kerana ini akan membawa kepada masalah jangka masa panjang. Adalah lebih baik jika ibu bapa menjelaskan kepada anak-anak mengapa mereka tidak dapat memilik sesuatu yang diingini. Antara cara terbaik untuk menghentikan anak-anak yang memberontak ialah dengan memberikan mereka pilihan untuk memilih atau alternatif lain bagi menlenyapkan kemarahan tersebut.






Saya mempunyai seorang anak menjangkau umur 3 tahun. Baru-baru ni dia mendapat seorang adik, kini berusia 4 bulan. Kebelakangan ni anak saya sgt kuat memberontak, menjadi masalah apabila dia masih belum boleh berbahasa dengan baik, sukar utk memahaminya. Saya kadang kala bingung dan putus asa. Tak tau apa yg sepatutnya dilakukan. Sering menjerit dan berlari tak keruan. Memarahi apa sahaja tindakan yg kita lakukan.
Saya rasakan perlu pandangan yg berpengalaman bagi masalah seperti ini. Harap dpt bantu.
Memo Plus Gold kami tidak galakkan bagi anak-anak yang masih tidak belajar. Masalah puan mungkin lebih kepada cara menenangkan anak ini tadi supaya boleh menerima tunjuk ajar dan keadaan keluarga yang bertambah. Saya nasihatkan supaya puan banyak bersabar di samping berusaha mendisiplinkan anak puan. Tidak salah untuk menghukum anak puan bagi menunjukkan perbuatannya salah tetapi beri penjelasan kenapa puan menghukumnya. Semua ini lebih kepada psikologi kita dalam mendidik. Ibubapa zaman ini perlu lebih kesabaran dalam mendidik anak-anak yang semakin mencabar. Saya percaya jika puan meluangkan masa, mendisiplinkan dia, di samping sentiasa berkomunikasi pasti sikapnya akan berubah. Jangan berputus asa dan berikan kasih sayang kepada anak kita ya.