Buku Kanak-Kanak dianggap sangat hebat dan telah lama menjadi pilihan ramai. Buku seperti ini menjadi pencetus kepada pembelajaran sepanjang hayat yang menyeronokkan dan semangat membaca. Hanya buku yang benar-benar hebat akan memberi inspirasi kepada imaginasi kanak-kanak buku yang terbaik akan sentiasa dibaca berulang kali tanpa jemu oleh kanak-kanak. Apabila kanak-kanak diinspirasikan oleh buku yang hebat dalam usia yang muda, kecintaan kepada pembacaan akan semakin berkembang dan mereka pasti mahukan anak-anak mereka menanamkan minat membaca cerita-cerita yang menakjubkan dan juga bersifat pengembaraan.
Mencari Buku Yang Hebat
Terdapat ratusan ribu buku yang diterbitkan dan berpuluh ribu buku baru akan ditambah saban tahun. Semakin banyak Buku Kanak-kanak dibacakan kepada anak-anak anda, setiap ibu bapa pasti akan menyedari kecenderungan minat anak anda dalam sesuatu jenis buku itu. Sesetengah kanak-kanak sangat menyukai buku-buku berkaitan sejarah (sesetengah orang tersilap menganggapnya sebagai suatu yang membosankan) dan terdapat pelbagai jenis buku sejarah berkualiti yang mana boleh membuatkan cerita tersebut benar-benar hidup. Apabila sesebuah buku itu menceritakan tentang kehidupan seseorang, kanak-kanak akan belajar bahawa tidak kiralah cerita tersebut dari 1500 tahun yang lalu, 200 tahun yang lalu mahupun 60 tahun yang lepas, jalan hidup dan jerit perih manusia tidak jauh bezanya dari dahulu sehingga sekarang. Sebahagian kanak-kanak menggemari cerita pengembaraan yang hebat, ada pula yang sukakan cerita kehidupan orang asli di kawasan pedalaman dan tidak kurang pula yang memilih cerita berkenaan peperangan.
Ada juga kanak-kanak yang sangat ghairah akan buku berkaitan sains. Menerokai angkasa lepas, menerokai lautan yang dalam dan berhadapan dengan makhluk yang aneh di muka bumu ini mahupun menerokai bagaimana sesuatu itu berfungsi seperti elektrik, badan manusia, kimia ataupun tumbuh-tumbuhan. Bidang sains mempunyai skop topik yang sangat luas yang mana dapat menarik minat kanak-kanak untuk lebih mendalami bidang sains. Kini terdapat banyak buku yang sangat bagus untuk kanak-kanak sama ada berkaitan Arachnids sehinggalah kepada sistem solar.
Walaubagaimanapun, Buku Kanak-kanak bukanlah hanya tertumpu kepada skop berkaitan pelajaran. Apa jua buku penceritaan yang boleh memberikan manfaat dan menyeronokkan untuk semua kanak-kanak adalah baik. “Winnie the Pooh” karya A.A Milne telah menghiburkan jutaan kanak-kanak hampir Sembilan dekad yang lalu. Kanak-kanak pasti akan sentiasa mengingati watak-watak seperti Pooh, Eyeore dan Tigger sepanjang hidup mereka.
Bagi mereka di peringkat awal kanak-kanak, “The Giving Tree” dan “Goodnight Moon” merupakan antara buku kanak-kanak terkenal yang hangat di pasaran. “Guess How Much I Love You” pula merupakan antara buku yang sangat bagus terutamanya apabila anak anda melalui satu hari yang penuh dengan kekecewaan. Beberapa tahun lalu, cerita “Harry Potter” telah mendapat sambutan banyak pihak terutamanya bagi kanak-kanak yang baru meningkat remaja, sama seperti “Nancy Drew” dan “Hardy Boys”, buku bergenre misteri yang sangat popular beberapa dekad yang lalu. Kebanyakan kanak-kanak sangat menggemari buku-buku seperti ini.
Tahukah anda bahawa buku bergenre klasik juga sesuai untuk kanak-kanak? “Moby Dick” dan “Treasure Island” merupakan antara contoh cerita klasik yang mampu mengasyikkan kanak-kanak sehingga berjam-jam lamanya. “Anne of Green Gables” juga merupakan antara cerita setaraf dengan buku-buku Laura Ingalls Wilder seperti “Little House on the Prairie”, trilogy “The Lord of the Ring” dan “The Hobbit” yang mana telah menghiburkan jutaan kanak-kanak di seluruh dunia sejak mula-mula diterbitkan pada 1937. Pasti ramai kanak-kanak sudah menonton filem adaptasi daripada cerita-cerita tersebut. Namun apa yang disampaikan oleh buku jauh lebih baik dan memberikan inspirasi kepada imaginasi kreatif kanak-kanak yang mana tidak diperolehi dari filem.
Satu lagi siri buku kanak-kanak terbaik adalah hasil karya Mark Twain yang juga dikenali sebagai “Bapa Sastera Amerika” kerana hasil penulisannya iaitu “Adventures of Huckleberry Finn” dan “Adventures of Tom Sawyer” yang mana merupakan antara buku kanak-kanak terhebat yang pernah ditulis. “Little Women” oleh Louisa May Alcoot dan “Old Yeller” merupakan kisah yang hebat mengenai kehidupan sebuah keluarga di Amerika. “The Black Stallion” pula merupakan siri cerita yang sering dibaca berulang kali oleh jutaan kanak-kanka sejak berdekad-dekad lamanya. Buku yang telah ditulis beberapa dekad yang lalu tidak bermakna ianya membosankan. Ambil buku tersebut dan cuba bacakannya untuk anak anda. Anak anda pasti ingin mengetahui apa yang akan berlaku seterusnya dalam cerita tersebut.
Kepelbagaian Pilihan
Buku kanak-kanak datang dalam pelbagai bentuk, topik dan sesuai untuk pelbagai lapisan umur kanak-kanak. Kanak-kanak pasti akan tertarik kepada keseronokan dan kepelbagaian cerita yang yang dimuatkan. Tanamkan sikap suka membaca dalam diri anak anda sejak kecil lagi dan mereka pasti akan sentiasa terhibur.