Bagi seorang pelajar seperti saya yang mengimpikan masa depan yang cerah, pasti memerlukan usaha gigih diri sendiri sambil disokong oleh restu dan doa kedua ibu bapa yang menjadi tulang belakang kepada diri saya. Para ibu bapa pastinya menginginkan anak-anak mereka mencapai kecemerlangan di dalam pelajaran sebagai batu loncatan untuk berjaya di dalam kehidupan. Alhamdulillah, kini saya telah beroleh kecemerlangan yang saya idamkan. Inilah kisah saya.
Saya , Syamimi Nur Syuhadah bt Sabri, anak ke 3 daripada 4 orang adik beradik, bercita cita ingin menjadi seorang pendidik. Saya memiliki 2 orang kakak dan seorang adik lelaki. Kedua orang kakak saya telah berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading dengan cemerlang hasil usaha gigih mereka sendiri. Saya sering menjadikan kejayaan mereka sebagai sumber inspirasi yang boleh mendorong kesan positif dalam diri bagi mencapai hasrat dan cita-cita saya menggapai kecemerlangan.
Tetapi masalah utama yang saya hadapi adalah saya tidak gemar membaca buku! Bagi saya membaca buku adalah suatu aktiviti yang membosankan. Begitu sukar rasanya hendak berikan tumpuan juga menghafal maklumat yang telah dibaca. Saya dapat membayangkan bagaimana risaunya perasaan ibu bapa sekalian sekiranya perlu melalui situasi serupa. Begitulah juga apa yang dilalui oleh ibu bapa saya.
Semasa di alam persekolahan di tingkatan 1 & 2, saya merupakan pelajar yang popular. “Bak kata orang, pelajar di tangga 10 teratas”. Malangnya saya terkenal bukan kerana prestasi akademik, tetapi lebih disebabkan masalah disiplin di dalam kelas. Saya boleh dikategorikan sebagai pelajar yang lemah dan suka bermain-main ketika belajar. Ibu bapa saya sering dipanggil oleh guru disiplin disebabkan sikap saya yang tidak serius dalam pelajaran. Akhirnya ibu dan ayah mengambil keputusan memindahkan saya ke sekolah lain bermula pada tingkatan 3 dengan harapan saya akan melakukan perubahan untuk menghadapi peperiksaan PMR.
Namun semua itu tidak juga mencetuskan perubahan dalam sikap saya terhadap pelajaran. Saya masih mengikuti pelajaran dengan sambil lewa. Apabila berakhirnya peperiksaan PMR dan keputusan diumumkan, saya hanya berjaya mendapat 1A sahaja. Keputusan tersebut mengecewakan ayah dan ibu, lantas mereka mengambil keputusan menghantar saya ke sekolah berasrama iaitu di sebuah sekolah aliran teknik di Bentong, Pahang. Saya belajar di sana dalam bidang Pengurusan Perniagaan.
Pada peringkat awal, saya mengalami kemurungan akibat berjauhan dengan keluarga. Saya menghadapi masalah menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Seringkali saya tertidur di dalam kelas kerana keletihan. Maklumlah sebelum ini semua keperluan harian ditanggung dan diurus oleh ayah dan ibu. Kini semuanya harus diurus sendiri. Mereka merasa gusar malah amat perihatin terhadap masalah yang saya hadapi. Pada bulan kedua saya di asrama, ayah dan ibu mula memperkenalkan Memo Plus Gold kepada saya. “Ubat apa ni? Mana ada ubat yang boleh jadikan kita pandai dan cergas, tipulah semua ini!”, cetus hati saya.
Pada awalnya saya berasa sangsi dan curiga, namun demi memenuhi saranan ayah dan ibu, saya pun mengamalkan 2 biji kapsul Memo Plus Gold setiap hari. Bermula detik itu, segalanya berubah secara perlahan-lahan. Saya berasa semakin cergas, bertenaga dan bersemangat di dalam kelas. Rakan-rakan dan guru kelas juga menyedari perubahan diri saya. Kira-kira dua bulan selepas itu, peperiksaan pertengahan tahun pun menjelma. Apabila keputusan diumumkan, saya berjaya lulus dengan baik malah mencatat markah tertinggi di dalam kelas untuk beberapa mata pelajaran. “Wah! Betul ke ni? Macam tak percaya pula”, detik hati saya. Ia benar-benar kejutan buat diri saya.
Saya mula mendapat perhatian di kalangan rakan-rakan dan para guru. Apabila memasuki pertengahan tahun, saya sering menerima pelbagai anugerah antaranya anugerah mata pelajaran terbaik bagi subjek Perakaunan Perniagaan. Semenjak dari itu saya bertambah yakin dengan keberkesanan Memo Plus Gold dan berterusan mengamalkannya. Daya tumpuan dan kuasa menghafal saya bertambah kuat dan saya semakin minat untuk menghafal.
Cabaran seterusnya yang saya lalui adalah menghadapi peperiksaan SPM di tingkatan lima. Waktu itu, saya dikenali sebagai seorang
pelajar yang berperwatakan ceria, aktif dalam kegiatan kokurikulum juga dilantik sebagai pengawas sekolah. Saya juga menyertai beberapa pertandingan seperti pertandingan menulis esei peringkat daerah dan berjaya meraih kedudukan naib johan. Selain itu saya seringkali mengungguli kedudukan pelajar sepuluh terbaik dan menjadi harapan guru- guru di sekolah dan contoh kepada pelajar yang lain.
Setelah keputusan SPM diumumkan, Alhamdulillah saya memperoleh 6A. Jika di bandingkan dengan keputusan PMR saya yang hanya 1A walaupun sering dihantar ke pusat tuisyen, ia peningkatan yang begitu mendadak. Benar bagai dikata, belum cuba belum tahu. Terima kasih kepada Memo Plus Gold kerana membantu saya menambah keyakinan diri dan menyerlahkan lagi bakat dan potensi saya. Ibu bapa saya yang juga agen jualan Memo Plus Gold juga semakin bersemangat untuk mempromosikan produk tersebut. Mereka juga ingin membantu para ibu dan bapa yang menghadapi masalah yang sama dengan anak-anak mereka supaya dapat mencetus PERUBAHAN dalam diri mereka. “Saya telah pun melakukannya, anda bila lagi?”
Menjadi seorang pelajar jika tidak disulam dengan usaha dan berkat doa dari ibu bapa sudah pasti tidak tercapai segala hajat di hati. Bermulalah dari sekarang dengan mengambil produk ini kerana kesannya tidak mengecewakan. Bak kata pepatah, usaha tangga kejayaan. Tanpa usaha kita tidak kemana.
Pembelian Memo Plus Gold atas Talian Internet, Klik Dan Pesan Sekarang!
Sila Pilih Destinasi Penghantaran, Semananjung Atau Timur Malaysia dibawah.
Penggunaan efektifDos: Bagi dewasa, satu kapsul dua kali sehari selepas makan dan bagi kanak-kanak (7 hingga 12 tahun) satu kapsul sehari selepas sarapan. Pengguna disarankan supaya terus mengambil MEMO PLUS GOLD sekurang-kurangnya 3 bulan untuk mendapatkan kesan yang ketara, selepas tempoh itu pengguna boleh mengambil satu kapsul sehari jika mahu.