SEMUA pelajar mahukan markah 100 peratus dalam peperiksaan. Dari mana datangnya markah 100 peratus ini? Markah 100 peratus ini datangnya daripada tiga aktiviti belajar iaitu:
l. Tumpuan dalam kelas
2. Kerja sekolah
3. Ulang kaji
Walaupun markah 100 peratus datang daripada tiga aktiviti belajar, tetapi sumbangan peratus setiap aktiviti itu tidak sama. Tumpuan dalam kelas memberikan lebih kurang 50 peratus sumbangan markah, kerja sekolah 20 peratus dan ulang kaji 30 peratus. Maknanya, sekiranya pelajar memberikan tumpuan sepenuhnya dalam kelas pada guru yang mengajar dia mendapat lebih kurang 50 peratus dalam peperiksaan kelak. Sekiranya pelajar memberikan tumpuan dalam kelas dan menyiapkan kerja sekolah dia mendapat markah lebih kurang 70 peratus dalam peperiksaan kelak. Oleh itu sekiranya pelajar mahukan markah 100 peratus, dia mesti lakukan ketigatiga aktiviti di atas.
KENAPA TUMPUAN ITU PENTING?
Kenapa ada pelajar yang bermasalah seperti ponteng kelas, merokok, keluar asrama tanpa kebenaran, bull, lumba haram, gangterisme, malas belajar dan sebagainya? Salah satu penyebab utamanya adalah kerana pelajar tidak memberikan tumpuan dalam kelas. Mungkin anda kurang bersetuju dan berkata tidak mungkin semua masalah itu berpunca daripada kegagalan memberikan tumpuan
Sekiranya begitu marl kita renungi rentetan kehidupan seorang pelajar bermula daripada hari pertama dia masuk ke sekolah. Apabila pelajar ke kelas dan tidak memberikan tumpuan pada apakah yang berlaku? Dia tidak faham apa yang diajarkan oleh guru. Apabila pelajar tidak faham apa yang diajarkan, apa pula yang berlaku? Dia tidak mampu menyiapkan kerja sekolah dan tidak faham apabila cubs membuat ulang kaji sendiri. Akibatnya dia cuba meniru kerja sekolah kawannya. Sekiranya begitu, apakah yang berlaku dalam ujian penggal atau peperiksaan? Dia mendapat markah yang rendah ataupun lebih buruk lagi gagal.
Apabila gagal apakah yang dirasakan oleh pelajar ini mengenai dirinya? Dia berasa dirinya bodoh, tidak cukup bagus, tidak punya harapan, tiada masa depan dan sebagainya. Lebih memudaratkan lagi apabila guru pula berkata sesuatu yang negatif pada dirinya. Apabila dia berasa diri tiada masa depan apakah pula yang berlaku? Dia mula malas belajar. Dia berasa tiada gunanya belajar sekiranya sudah tahu dirinya bakal gagal.
Apabila pelajar mula rasa begini, apa akibatnya apabila dua tiga orang pelajar dalam dilema yang sama berkumpul? Mereka mula ada idea lain bagi berseronok dan mengisi kekurangan diri. Mula timbul idea yang bukan-bukan kerana mahu berseronok. Sehingga ada yang terlibat dengan pelbagai kes juvana.
Apabila dilihat rentetan peristiwa di atas, dapatlah kita buat satu kesimpulan segalanya bermula dengan masalah tumpuan.
Baiklah, sekarang apa pula rentetannya apabila seorang pelajar tahu cara memberikan tumpuan dan masuk ke kelas pada hari pertama persekolahan. Dia faham apa yang diajarkan. Sekiranya ada yang dia tidak faham sekalipun, dia tahu apa yang dia tidak faham itu dan tahu apa yang mahu ditanyakan pada guru. Antara faktor kenapa kebanyakan pelajar tidak bertanya adalah dia tidak tahu apa yang dia tidak faham dan tidak tahu apa yang mahu ditanyakan.
BAGAIMANA MEMBERIKAN TUMPUAN?
Kegagalan memberikan tumpuan dalam kelas menyebabrIon ramai pelajar gagal meraih keputusan yang baik dalam peperiksaan. Berikut adalah petua yang dapat digunakan bagi meningkatkan tumpuan anda:
- Semak sekali imbas nota yang diberikan oleh guru terdahulu sebelum memulakan kelas. Sekiranya ada bahagian yang anda tidak faham ataupun keliru, tanyakan kepada guru sebelum bermulanya kelas. Jangan biarkan kekeliruan itu mengganggu anda. Guru mungkin mengajar lebih mendalam hari ini dan sekiranya anda tidak merungkai kekeliruan itu anda terus ketinggalan dalam mengikuti apa yang diajar.
- Baca juga bahan yang bakal diajarkan oleh guru. Walaupun anda tidak memahami keseluruhan apa yang dibaca sekurang-kurangnya anda tahu apa yang akan diajar oleh guru kelak. Secara tidak langsung tumpuan dan minat anda meningkat.
- Cuba duduk di barisan depan dalam kelas. Sekiranya anda duduk di tepi tingkap, tutup tingkap apabila guru mengajar.
- Jangan alih mata anda daripada melihat guru dan lihat apa yang ditulis di papan hitam ataupun papan putih.
- Tunjukkan minat yang mendalam. Perbetulkan kerdudukan dan ceriakan wajah anda. lngat apa yang diajar itu jauh lebih penting daripada siapa yang mengajar. Yakinkan diri anda betapa pentingnya tumpuan dalam kelas. lngat! la menyumbang 50 peratus daripada keseluruhan markah peperiksaan kelak.
- Pasang telinga. Dengar dan fahami setiap patah perkataan yang disampaikan. Terjemahkan apa yang disampaikan oleh guru ke dalam bentuk gambaran minda.
- Catatkan setiap fakta yang penting. Juga catatkan fakta yang anda sangka penting. Sama ada faktafakta yang ditulis ataupun diucapkan oleh guru.
- Catat setiap perkara yang anda tidak faham. Catatkan juga setiap soalan yang terbit dalam fikiran anda. Gunakan tujuh perkataan berikut bagi membina soalan iaitu apa? siapa? bila? berapa? di mana? kenapa? bagaimana?
- Gunakan buku khas bagi tujuan catatan ini. Ataupun gunakan kaedah mengambil nota berkesan. Sekiranya berpeluang segera angkat tangan dan bertanya kepada guru. Bertanya bagi mendapatkan lebih huraian, memastikan kefahaman anda betul ataupun kerana ada soalan-soalan yang lebih spesifik. Antara tanda-tanda yang anda memberikan tumpuan adalah anda TAHU apa yang anda TlDAK TAHU.
- Jangan hiraukan sebarang gangguan daripada rakan-rakan. Jangan bertindak balas pada usikan dan gurauan mereka semasa kelas berjalan.
- Kajian menunjukkan anda lupa 70 peratus daripada apa yang dipelajari dalam masa 24 jam. Oleh itu segera semak apa yang diajar serta-merta apabila guru keluar dari kelas.
Ungkapan Motivasi:
Tumpuan adalah ibu kecemerlangan. Kejayaan dalam dewan peperiksaan bermula dari dalam kelas.




