Ujian Memori untuk Anda

Posted on March 2, 2013 · Posted in Pengetahuan am

Ujian Memori untuk AndaTerdapat beberapa latihan dan Ujian Memori yang sangat berkesan untuk meningkatkan daya ingatan jangka pendek. Kehilangan daya ingatan jangka pendek mungkin adalah perkara yang paling mendukacitakan bagi seseorang apabila usia semakin meningkat kerana tidak berupaya untuk mengingati di mana kunci kereta telah ditinggalkan kurang daripada lima minit yang lalu ataupun mengapa dia masuk ke dalam bilik, adalah sangat mendukacitakan.

Mari kita lihat satu contoh. Seorang wanita berasa sangat dahaga dan inginkan segelas teh ais, jadi dia pergi ke dapur dan melihat pinggan mangkuk di dalam singki perlu dimasukkan ke dalam mesin membasuh pinggan mangkuk. Jadi dia memasukkannya ke dalam mesin basuh pinggan mangkuk dan teringat ada gelas kosong di dalam bilik tidur yang ditinggalkan sejak semalam lagi. Dia masuk ke dalam bilik tidur dan melihat beberapa helai tuala yang perlu dimasukkan ke dalam mesin basuh, jadi dia mengumpulkan semua tuala itu dan meletakkannya ke dalam mesin membasuh pakaian. Ketika dia meninggalkan bilik basuhan, dia teringat dia perlu membayar bil, jadi dia mendapatkan buku ceknya, menulis cek dan alamat di sampul surat lalu meletakkannya ke dalam peti pos di luar. Kembali ke dalam rumah, dia melihat beberapa ranting di beberapa rumpun pokok bunga ros yang sudah tidak terurus perlu dicantas, jadi dia pergi ke setor dan mengeluarkan satu kampit baja, dan terus terlupa tentang merapikan rumpunan pokok bunga ros, tetapi menyuburkan pokok bunga kekwa. Masuk semula ke dalam dia duduk dan rasa dahaga jadi kembali ke dapur dan melihat mesin basuh pinggan mangkuk terbuka, dan keseluruhan situasi bermula semula dengan cara yang berbeza. Memori jangka pendeknya telah diganggu oleh satu demi satu perkara, beberapa jam kemudian, dia dapat menyelesaikan banyak perkara, tetapi tidak pernah mendapat segelas teh ais.

Bahagian memori jangka pendek di dalam otak juga perlu dilatih seperti anggota badan. Terdapat pelbagai ujian memori yang boleh didapati secara on-line yang membantu membina stamina neuron memori jangka pendek dan sinaps dan neurotransmitter yang bukan sahaja berkesan, tetapi menyeronokkan dan menarik.

Salah satu ujian yang agak menarik, tetapi tidak sesuai untuk seorang artis lakaran polis, adalah ujian ingatan wajah. Terdapat beberapa ujian mengingati wajah. Satu koleksi bahagian-bahagian wajah akan dibentangkan, di mana rambut di kedua-dua sisi kanan dan kiri, rambut di atas, kedua-dua mata, hidung, sisi muka, mulut, dan dagu mesti dipilih. Untuk memulakan ujian, tekan butang mula, ia akan mula menayangkan beberapa wajah, tekan butang bersedia untuk memilih wajah yang dikehendaki. Kaji untuk beberapa ketika dan tekan butang main. Kemudian terdapat pilihan bagi setiap bahagian wajah untuk dipilih, dan pilih setiap satu. Kemudian bandingkan wajah terakhir kepada asal dan lihat di mana perbezaan. Ia sebenarnya agak menakjubkan bagaimana banyak ciri-ciri muka tidak serupa dalam ujian ini – menerangkan mengapa 4 orang yang melihat perompak yang sama di kedai dan datang dengan gambaran empat wajah yang sama sekali berbeza!

Terdapat juga beberapa jenis permainan jangka pendek mengingati gambar secara on-line, tetapi masih boleh untuk dilakukan tanpa menggunakan internet. Terdapat beberapa cara dengan menggunakan barang-barang yang ada di rumah yang boleh membantu meningkatkan ingatan jangka pendek. Minta tolong seseorang meletakkan 20 item di atas dulang dan tutup dengan tuala. Alihkan tuala, lihat barang tadi selama 30 saat kemudian letakkan kembali tuala menutupi barangan tadi. Tulis senarai barangan yang berada di atas dulang sebanyak mungkin. Kemudian keluarkan tuala sekali lagi dan lihat berapa banyak barang di atas dulang yang telah disenaraikan.

Ubah sedikit barangan di dalam ujian tadi. Letakkan barang-barang di atas dulang, dan kaji kandungan selama satu minit, kemudian letakkan kembali tuala menutupi barangan tadi. Ambil dulang keluar, keluarkan satu barang dan bawa ia kembali ke dalam, alihkan tuala. Lihat samaada boleh mengenal pasti apa yang hilang.

Terdapat begitu banyak Ujian Memori yang amat berkesan untuk meningkatkan ingatan jangka pendek, ia memberikan otak latihan yang baik untuk melambatkan masalah memori yang berkaitan umur.Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.