Pernahkah kamu terfikir bagaimanakah orang yang berjaya sampai ke keadaan mereka yang mereka ada sekarang.
Inilah rahsianya.
Tiada siapa pun bermula sebagai seorang juara. Kebanyakkan mereka bermula sama sahaja seperti kamu sekarang.
Jadi, apakah yang membuatkan seorang juara berbeza berbanding dengan orang lain ?
Seorang juara mempunyai sikap dan minda yang membezakan mereka dengan orang lain. Tetapi ia bukanlah sikap yang luar biasa. Malahan setiap orang juga mampu melakukan perkara yang sama.
Mari saya jelaskan kenapa untuk menjadi seorang juara kamu perlu berlagak seperti seorang kanak-kanak.
1. Seorang JUARA perlu bersedia untuk belajar
Kanak-kanak di lahirkan di dunia ini penuh dengan keinginan untuk belajar dan untuk memahami dunia yang luas ini.
Mereka seperti span penyerap yang memerhati dan menyerap setiap fakta dan reaksi manusia. Kerana mereka tahu kehidupan mereka bergantung kepada setiap perkara ini. Salah satu perkara yang paling penting untuk berjaya di dalam perniagaan merupakan kesediaan untuk belajar dan di ajar.
Untuk menjadi seorang juara kamu mestilah sedia untuk belajar atau mencari ilmu, membaca dan menyerap segala maklumat walaupun ianya merupakan perkara baru dan tidak pernah kamu pelajari sebelum ini.
Jika tidak, kamu akan di takdirkan gagal sebelum bermula lagi.
2. Seorang JUARA perlu bersedia untuk melakukan
Perasankah kamu bagaimana kanak-kanak sangat mudah untuk melakukan apa yang mereka fikir ? Apabila merela belajar teknik baru, mereka dengan pantas ingin melakukan seperti mana yang di pelajari.
Juara juga sama. Mereka menggunakan teknik yang baru mereka pelajari untuk meningkatkan prestasi mereka supaya boleh meletakkan perniagaan mereka setapak ke atas.
Mereka tahu tindakan perlu di lakukan dengan apa yang mereka pelajari walaupun tidak sempurna kesannya. Ini membawa saya ke perkara yang seterusnya.
3. JUARA tidak takut gagal
Seperti kanak-kanak yang bangun berkali-kali walaupun jatuh, seorang juara tidak takut mengambil langkah pertama dan gagal. Mereka tahu kegagalan merupakan guru terbaik untuk mereka mempelajari kesilapan dan memperbetulkan keadaan atau teknik.
Juara mempunyai keberanian untuk jatuh dan tidak akan berhenti untuk mencuba lagi. Mereka akan kembali mencuba walaupun berkali-kali gagal.
4. JUARA bersedia untuk menyesuaikan diri
Sebagai kanak-kanak, kita menyesuaikan diri dengan mudah. Kita lebih bersedia untuk menerima keadaan dan menyesuaikan diri kita di mana yang perlu. Malangnya apabila usia kita makin meningkat, permikiran kita berubah menjadi lebih tegas dan tidak mahu menerima cara lain yang lebih baik dalam melakukan sesuatu.
Di dalam situasi perniagaan, tentangan dalam perubahan boleh membuatkan kita kerugian. Kita akan rugi kepada ahli perniagaan lain yang tidak kisah berubah mengikut arus kemodenan. Juara adalah orang yang mampu berubah dan menyesuaikan diri mengikut suasana.
5. JUARA bersedia mencipta sesuatu
Kanak-kanak amat bagus dalam mencipta sesuatu. Mereka lahir ke dunia ini tanpa mengetahui cara melakukan sesuatu tetapi minda mereka mengatakan mereka boleh melakukannya dan tiada yang mustahil.
Juara juga menggunakan prinsip yang sama untuk membawa perniagaan mereka ke puncak.
Mereka bukan sahaja belajar dari perkara yang mereka pernah lakukan sebelum ini malah menjadikan ia lebih efisien, murah dan berjaya dari sebelumnya
Kamu tidak perlu kanak-kanak untuk berjaya tetapi mencontohi mereka. Jauhkan sikap ragu-ragu dan ketakutan yang menghalang kamu dari mencapai matlamat kamu. Cuba lihat dari sudut pandangan anak kecil. Dan kejayaan mungkin jadi milik kamu. Jika tidakpun sekurang-kurangnya kamu merasa lebih muda.



